• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Mudah! Ini Cara Untuk Hilangkan Bau Dan Rasa Yang Melekat Di Pengisar Anda

by Aphit J.
June 21, 2020
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Pasti semua mempunyai masalah yang sama bagi yang mempunyai satu sahaja pengisar di rumah bukan? Setelah mengisar bahan seperti cili, kunyit, bawang dan sebagainya bau dan rasa bahan-bahan ini akan melekat di pengisar.

Jom lihat cara untuk menghilangkan bau dan rasa yang melekat di pengisar menurut halaman Mingguan Wanita.

Membilas Dengan Air

via Parker

Setelah anda mengisar bahan masakan, pastikan anda membilas dahulu pengisar dengan air paip. Ini kerana dapat membuang sisa bahan yang melekat di permukaan dinding pengisar anda. Tidak perlu untuk mencuci seperti mencuci pinggan, cukup sekadar membilas menggunakan air paip.

Menggunakan Tiga Bahan Cucian Yang Mudah

via Today Show

Menurut halaman Mingguan Wanita, untuk menghilangkan bau yang melekat di dalam pengisar, anda boleh menggunakan tiga bahan utama iaitu garam kasar, soda bikarbonat dan juga cecair pencuci pinggan. Pastikan soda bikarbonat yang digunakan adalah daripada soda bikarbonat yang boleh dimakan.

Mencuci Dengan Cara Mengisar

via YTimg

Campurkan 2 sudu bikarbonat, 2 sudu garam kasar, sedikit cecair pencuci dan 2 cawan air paip ke dalam pengisar. Setelah bahan ini dicampurkan semua sekali, anda hanya perlu kisar menggunakan pengisar. Pastikan semua dinding pengisar terkena dengan air bancuhan anda tadi.

Boleh Menajamkan Mata Pengisar

via YouTube

Menurut halaman Mingguan Wanita, selain dapat menghilangkan bau dan rasa bahan yang tidak diingini, garam kasar yang terdapat di dalam bahan bancuhan dapat menajamkan mata pengisar anda.

Menggunakan Bahan Bancuhan Untuk Cucian Pinggan

via YouTube

Setelah selesai mengisar dan mencuci pengisar anda, air bancuhan yang dikisar jangan dibuang. Gunakan bahan bancuhan tadi untuk mencuci pinggan mangkuk. Hasilnya anda akan mendapati pinggan mangkuk akan menjadi lebih bersih.

Selepas ini anda tidak perlu risau sekiranya mempunyai satu sahaja pengisar di rumah. Dengan mencuci dengan bersih, pengisar anda boleh digunakan untuk mengisar buah dan adunan kek.

cara mencuci blendercara mencuci pengisarcuci blender dengan mudah
https://lomp.at/ksr4h
Share22Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Tips

2 Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Bersihkan Kesan Darah Pada Pakaian

by Jash Lee
November 14, 2020

Terdapat beberapa jenis kesan kotoran yang biasanya akan terkena pada pakaian. Salah satunya adalah kesan darah yang kadang-kadang susah untuk...

Read moreDetails
Tips

5 Alasan Anda Tidak Perlu Ikut Semua Arahan Dari Senior atau Pegawai Atasan Di Pejabat

by Jash Lee
December 19, 2020

Ramai orang mengatakan bahawa untuk mencari pekerjaan yang baru bukanlah perkara yang mudah, apalagi dengan situasi yang melanda dunia sekarang...

Read moreDetails
Tips

12 Cara Mudah Dan Cepat Hilangkan Bau Kaki Dengan Bahan Semulajadi

by Jash Lee
November 28, 2020

Cara menghilangkan bau kaki boleh dilakukan dengan hanya menggunakan bahan semulajadi sahaja. Selain itu, anda juga dapat mengelakkan masalah bau...

Read moreDetails
Budaya

Petua Rahsia Daun Jambu Batu Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

by Jash Lee
July 18, 2020

Mungkin ramai yang sudah tahu akan manfaat daun jambu batu yang baik untuk kesihatan. Daun jambu batu biasanya digunakan sebagai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore