Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Mufti Menjelaskan Tindakan DS Vida Di Kubur

by Ayden Mikhael
June 24, 2018
Share on Facebook

Jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida (DSV) tampil memohon maaf atas tindakan beliau duduk di atas kubur orang lain yang terletak bersebelahan dengan kubur dua orang arwah anak lelakinya baru-baru ini. DSV meziarahi pusara dua anak lelakinya yang meninggal dunia dalam kebakaran, lima tahun lalu di Instagram miliknya.

Jelas Vida, beliau tidak perasaan terdapatnya ayat dalam tulisan jawi di keliling binaan kubur berkenaan dan apa yang berlaku bukanlah disengajakan.

“Saya minta maaf. Saya tak perasaan ada tulisan di keliling pusara itu.

“Saya duduk memandangkan tak bawa kerusi. Takkan nak duduk mencangkung pula.

“Kalau kita nak duduk kat kubur cuba netizen bagi cadangan… nak duduk bersila tikar tak bawa,” katanya kepada Mstar Online.

Mayat Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11, dan adiknya Edrie Zikrie, 10, ditemui di bilik mandi sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru dekat Ipoh, Perak. Kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan rumah lot tepi teres dua tingkat yang digunakan sebagai asrama untuk kakitangan DSV pada malam 3 Ogos 2013.

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu berkata, sudah menjadi rutin beliau menziarahi pusara dua anak lelakinya itu pada setiap Syawal pertama. Tindakan Vida ternyata mengundang rasa kurang senang netizen dengan rata-rata pengikutnya di Instagram menyifatkan beliau sebagai tidak beradab.

Bagaimanapun Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu soal jawab menjelaskan hukum duduk di atas binaan kubur adalah makruh.

“Binaan kubur dianggap sebagai kubur itu sendiri. Oleh itu, makruh untuk duduk di atas binaan kubur kerana ia dianggap sebagai duduk di atas kubur.

“Kesimpulannya, duduk di atas binaan kubur adalah seperti duduk di atas kubur dan makruh hukumnya. Maka seelok-eloknya kita menjaga adab ketika berada di tanah perkuburan dan tidak melakukan perkara yang boleh melanggar adab-adab,” demikian menurut penjelasan mengenai perkara itu

Sumber : Mstar Online

DSV Buat Trend POV 'Ada RM500 Dalam Bank' Dengan Muntazar, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-"Kahwin Dengan Cik B Lah.."
datuk seri vida
https://lomp.at/1pi62
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Automotif

Kia ‘Reset Game’ 2026: Harga Sportage Bermula RM128,800, Alat Ganti Lebih Murah!

by Ayu Kamaruddin
January 5, 2026

Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM) membuka tirai 2026 dengan langkah yang boleh dianggap bold move apabila mengumumkan penurunan harga...

Read moreDetails
LifeXplore

WOW @ Ayer Hitam, Kafe Vintaj di Johor Yang Membawa Kita Kembali ke Era 70-an

by Farah Fatihah
February 28, 2026

WOW @ Ayer Hitam di Johor adalah kafe vintaj yang menawarkan suasana ala 1970-an, sesuai untuk pengunjung menikmati kopi dan...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore