Wednesday, October 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Tips

Muka Nampak Tua Dari Usia Sebenar? 5 Kesalahan Solekan Yang Perlu Dielakkan.

by Jash Lee
May 30, 2020
42
KONGSIAN
Share on Facebook
via Selongkar10

Tidak ada seorang wanita pun di dunia ini yang ingin dipandang lebih tua daripada usia sebenar mereka. Jadi tidak hairanlah jika ribuan ringgit sanggup dibelanjakan oleh kaum hawa ini untuk membeli rangkaian produk, baik penjagaan wajah mahupun kosmetik. Bagi mereka yang dikurniakan kulit muka yang sempurna dan awet muda, bertuahlah tuan empunya badan kerana tidak perlu berusaha keras sebagaimana mereka yang sebaliknya. Bagi mereka yang memiliki wajah yang menampakkan usia yang sebenar perlu lebih berhati-hati ketika merias wajah kerana bimbang hasil sentuhan solekan yang salah akan membuatkan anda nampak sepuluh tahun lebih tua dari usia sebenar.

Jom kita tengok antara kesalahan-kesalahan yang selalu dilakukan ketika menata rias wajah.

1. Solekan Yang Tebal

via Bukanaku

Solekan yang terlalu tebal akan menampakkan diri kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Sebaiknya ketika mengoles bedak asas, cuba elak dari menggunakan produk  yang bercirikan ‘matte‘, ‘velvet‘ atau ‘long lasting‘ sebaliknya gunalah produk yang mana formulanya lebih ringan. Selepas mengaplikasikan bedak asas, tekan dengan span yang lembap di seluruh wajah yang terdapat kedutan untuk menyerap bedak asas yang berlebihan. Bagi mengelakkan solekan nampak sangat tebal atau terlalu putih, anda boleh kurangkan pemakaian base mekap. Hanya perlu pilih salah satu saja sama ada ‘foundation‘ atau ‘concealer‘.

2. Bedak Asas Yang Terang

via ProductNation

Selain sapuan bedak asas yang terlalu tebal, aplikasi warna bedak asas yang lebih terang daripada warna kulit asal juga akan menampakkan dengan lebih jelas garis-garis halus di wajah. Apabila usia semakin meningkat, disarankan untuk memilih warna bedak asas yang sedikit gelap daripada warna kulit meskipun anda memiliki kulit yang cerah.

3. Penggaris Mata Dan Maskara Di Bawah Mata.

via Tribunnews.Com

Mata akan kelihatan penat hasil efek lingkaran hitam yang terjadi disebabkan oleh aplikasi penggaris mata dibahagian bawah mata.Memadai jika anda memakai penggaris mata dan maskara di bahagian atas mata sahaja. Elakkan sapuan maskara yang tebal. Selain itu, jangan lupa untuk menyepit bulu mata agar mata kelihatan lebih besar, secara tidak langsung membuatkan anda kelihatan lebih muda.

4. Mengoles Bibir Agar Kelihatan Lebih Tebal

via LINE today

Tahukah anda, jika anda salah melakukan teknik untuk membuat garis tambahan diluar bibir untuk membuatkan bibir kelihatan lebih tebal, wajah akan kelihatan lebih janggal dan tidak semula jadi. Jika ingin menggunakan pensil bibir, pilihlah warna yang sesuai atau lebih gelap daripada warna bibir. Memadai dengan hanya menyapu halus garisan yang terdapat di bibir dan oleskan gincu dan pengilat bibir agar bibir kelihatan penuh.

5. Kening Yang Tebal Dan Gelap

via Lazada

Kesilapan yang sering dilakukan pada kening adalah dengan membentukkan ianya menjadi terlalu tebal dan gelap hingga hilang bentuk semulajadi kening. Cara yang betul adalah dengan menggunakan pensil kening dengan rona warna yang lebih natural atau sama warna dengan rambut dan tandakan titik pada kening agar mudah untuk dilukis. Kemudian ratakan dengan menggunakan berus kening yang sesuai.

Jadi, jika anda ingin kelihatan lebih muda dan sesuai dengan usia, elakkan dari memakai mekap yang terlalu tebal. Kaji terlebih dahulu kulit wajah sebelum bersolek. Jangan disebabkan cara solekan yang salah, wajah akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

kesalahansolekan tuadariusiasebenar mekaptebal
https://lomp.at/p94fm
Share20Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - TheInspirasi
Tips

5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad

by Nurul A.
September 3, 2025

Dalam kalangan pembaca, MURAI percaya ada yang sudah gunakan kredit RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula pada 31 Ogos baru-baru...

Read more
Tips

Muka Nampak Tua Dari Usia Sebenar? 5 Kesalahan Solekan Yang Perlu Dielakkan.

Read more
by Jash Lee
May 30, 2020
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  2. 2

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  3. 3

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  4. 4

    [VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!

  5. 5

    Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem