Tuesday, October 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Murad Memperkenalkan Deep Relief Blemish Treatment Untuk Rawatan Pemulihan Cela Yang Pantas

by Phic ARMAN
July 8, 2023
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Murad Skincare telah memperkenalkan Deep Relief Blemish Treatment, suatu rawatan berkuasa yang dipenuhi dengan bahan aktif dan pemulihan kulit seperti asid salicylic 2% kekuatan maksimum yang mampu memberikan kelegaan pantas dan untuk tempoh yang lama bagi menyediakan rawatan pemulihan buat mereka yang mengalami masalah cela yang mendalam dan menyakitkan.

Sebagai suatu jenama diasaskan oleh pakar dermatologi, Murad Skincare mengetahui bahawa merawat jerawat cystic bermakna suntikan steroid kortison yang kurang digemari dikendalikan oleh doktor.

Atas alasan itulah kami memperkenalkan Deep Blemish Treatment – suatu serum hasil inspirasi daripada prosedur derma untuk masalah jerawat yang dalam dan tidak selesa – justeru, ia tidak perlukan penggunaan jarum.

Teknologi asid amino, digabungkan dengan asid salicylic, mensasarkan bakteria jahat yang mencetuskan pembentukan cela yang mengalami keradangan, yang mana apabila bernanah, ia menjadi pustul – atau lebih dikenali sebagai jerawat.

Ia juga mengandungi phytosteroid – sejenis rawatan alternatif semula jadi dihasilkan daripada tumbuhan yang menghidrat untuk melegakan ketidakselesaan dan membantu mengurangkan kemerahan.

Rawatan Deep Relief Blemish ini akan menyediakan filem tidak kelihatan yang membentuk polimer yang menghasilkan ‘kulit kedua’ untuk membolehkan bahan aktif berada lebih lama pada kulit, untuk penyerapan yang lebih baik.

Ia terbukti secara klinikal untuk mengurangkan ketidakselesaan yang dikaitkan dengan cela yang mendalam kerana ia membersihkannya,dengan 88% pengguna yang mengambil bahagian dalam ujian bersetuju bahawa rawatan berkenaan menenangkan dan melegakan jeragat atau benjolan jerawat, manakala 82% bersetuju bahawa jerawat kurang menghasilkan keradangan atau kemerahan.*

Terbaik untuk kulit seimbang, berminyak, kombinasi atau kering, produk berkenaan boleh digunakan dengan selamat kerana ia tidak mengandungi paraben, sulfat, phthalates, gluten, bahan daripada haiwan, minyak mineral, formaldehid, oxybenzone atau petrolatum.

Kulit tidak cenderung mengalami masalah jerawat? Produk ini juga berguna sebagai rawatan tertentu apabila jerawat yang menyakitkan timbul dari semasa ke semasa disebabkan anda tertekan, tidak memperoleh tidur mencukupi atau kulit anda kurang penjagaan bersesuaian.

Penggunaan:

Untuk menggunakannya, bersihkan permukaan kulit terlebih dahulu dengan pembersih iaitu Clarifying Cleanser, seterusnya bilas dan lap kering.

Kemudian, celupkan putik kapas ke dalam botol Deep Relief Blemish dan sapukan terus pada kawasan bermasalah. Anda juga boleh menuangkan bahan rawatan itu pada kapas bulat atau pad – atau terus pada jari anda – sebelum menyapunya pada kawasan bermasalah. Biarkan produk itu kering pada kulit; jangan bilas.

Akhirnya, sapukan pelembap Murad, serta SPF sekiranya anda keluar di siang hari.

Murad Deep Relief Blemish Treatment kini dijual secara dalam talian/ di kedai di Ulta mulai 7 Oktober, 2022, dan di Sephora mulai 12 Oktober, 2022 pada harga RM238 untuk botol 1.0 FL Oz (kira-kira 30 ml). Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu ini, layari: www.murad.com.my/product/deep-relief-blemish-treatment

Murad Skincare
https://lomp.at/eu9qz
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Inspirasi

Dermalene Anjur “Breakfast” Istimewa Bersama Ustazah Asma’ Harun, Raikan Merdeka dengan Gaya

by Phic ARMAN
July 28, 2025

Baru-baru ini, kami di MURAI sempat meluangkan masa pagi yang cukup bermakna bersama Dermalene Skin Centre dan De.Wan 1958 di...

Read more
Kecantikan

Dododots Perkenal Koleksi Edisi Terhad Superhero DC!

Dikenali kerana menjadikan penjagaan jerawat sesuatu yang menyeronokkan, jenama penjagaan kulit Malaysia, Dododots kini membawakan tenaga kreatif yang sama ke...

Read more
by Naddy Joe
July 17, 2025
Foto – Arkib Miss Murai
Hotel

[VIDEO] Temple Tree Langkawi: ‘Charge’ Tenaga Dengan Percutian Yang Lebih Tenang & Jauh Dari Bandar!

Jujur cakap, percutian singkat kali ini menyedarkan Murai betapa lamanya tiada momen 'me time' dan recharge tenaga dengan sebetul-betulnya. Percutian...

Read more
by Soph Azz
July 30, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  2. 2

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  3. 3

    BINGKAS RM300 Untuk Rakyat Selangor- Jom Semak Kelayakan & Mohon!

  4. 4

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem