Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Lebih 600,000 Pelancong India Pilih Malaysia, Tourism Malaysia Terus Perkukuh Promosi

by Phic ARMAN
July 9, 2026
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Tourism Malaysia terus mempergiat usaha menarik lebih ramai pelancong dari India menerusi penganjuran Roadshow Visit Malaysia 2026 (VM2026) yang berlangsung di Nashik dan Sambhajinagar, Maharashtra dari 7 hingga 9 Julai lalu.

Program ini menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama bersama pemain industri pelancongan di India, selain memperkenalkan pelbagai produk pelancongan, pengalaman unik serta tarikan baharu yang menanti pelancong sempena kempen Visit Malaysia 2026.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Pengarah Tourism Malaysia Mumbai, Haryanty Abu Bakar bersama 11 wakil yang terdiri daripada agensi pelancongan, syarikat penerbangan dan pengendali produk pelancongan. Menurut beliau, India kekal sebagai antara pasaran utama pelancongan Malaysia, manakala negeri Maharashtra pula menunjukkan potensi besar dalam menyumbang peningkatan pelancong ke negara ini.

Malah, sepanjang tahun 2025, Malaysia menerima kira-kira 1.5 juta pelawat dari India, meningkat 14.6 peratus berbanding 1.3 juta pada tahun sebelumnya. Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 pula, lebih 600,000 pelancong India telah memilih Malaysia sebagai destinasi percutian mereka.

Peningkatan ini turut disokong oleh rangkaian penerbangan yang semakin meluas. Ketika ini, lebih 200 penerbangan terus setiap minggu menghubungkan Malaysia dengan 11 bandar utama di India menerusi syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air dan IndiGo. Bagi laluan Mumbai ke Kuala Lumpur sahaja, terdapat 17 penerbangan terus setiap minggu, sekali gus memudahkan pelancong dari Maharashtra berkunjung ke Malaysia.

Topik Berkaitan Di Sebalik Kerugian, Ini Strategi AirAsia Untuk Bangkit

Tourism Malaysia berharap kerjasama erat bersama rakan industri, syarikat penerbangan dan media di India akan terus diperkukuhkan bagi memastikan kempen Visit Malaysia 2026 berjaya menarik lebih ramai pelancong, sekali gus merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan kedua-dua negara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
5
Star
Star
2
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasiaBatik AirHaryanty Abu Bakarmalaysia airlinesPengarah Tourism Malaysia Mumbai
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Gerhana Skacinta Bakal ‘Gegarkan’ Desaru, Sempena 8 Tahun Hard Rock Hotel

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Hard Rock Hotel Desaru Coast bakal meraikan ulang tahun ke-8 pada 26 September 2026 dengan sesuatu yang memang sinonim dengan...

Read moreDetails
Kudrat 1968: High Council, Christy Ng
LifeXplore

Bakal Ditayangkan, “KUDRAT 1968: High Council” Siap Ada Koleksi Kolaborasi Dengan Christy Ng!

by Nurul A.
September 5, 2026

Teka-teki teraju utama filem "KUDRAT 1968: High Council" terjawab selepas Astro Shaw memperkenalkan pelakon Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf,...

Read moreDetails
LifeXplore

Bazar Merdeka HABIB Kembali, Diskaun Emas Hingga RM50 Setiap Gram!

by Phic ARMAN
August 28, 2026

Bila sebut Merdeka, selain kibarkan Jalur Gemilang, ada juga yang mula fikir nak belanja diri dengan sesuatu yang lebih bermakna....

Read moreDetails
ST Rosyam Mart Johor
LifeXplore

Beroperasi 24 Jam, ST Rosyam Mart Yang Pertama Bakal Dibuka Di Johor Bulan Ini!

by Nurul A.
September 7, 2026

Pasar raya borong dan runcit Halal 24 jam terkemuka di Malaysia, ST Rosyam Mart kini meluaskan operasinya ke selatan tanah...

Read moreDetails
PUMA Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur
LifeXplore

“We Own The Week”, PUMA Bawa Litar Perlumbaan F1 Di Tengah Pavilion Kuala Lumpur

by Nurul A.
September 24, 2026

Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Bahrain, PUMA Malaysia melancarkan kempen "We Own The Week", membawa keterujaan...

Read moreDetails
LifeXplore

“Sangat Gah”- Hael Husaini & Siti Nurhaliza Puji TV Sarawak, Jaga Kebajikan Artis di AIM25

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar pujian selepas sesuatu majlis selesai, AIM25 nampaknya menerima pujian bukan sahaja kerana kemeriahannya, tetapi...

Read moreDetails
LifeXplore

“KFC & McD Di Jepun Tak Halal”- Perkongsian di Threads Cetus Perdebatan

by Phic ARMAN
September 23, 2026

“Kalau Nak Halal, Pergilah Negara Timur Tengah.” Itu antara respons yang muncul selepas seorang pengguna Threads berkongsi peringatan mengenai makanan...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

by Phic ARMAN
September 24, 2026

Kalau selama ini nama Village Park cukup sinonim dengan nasi lemak dan ayam goreng yang membuatkan orang sanggup beratur, kini...

Read moreDetails
Munchy's Malaysia
LifeXplore

“Taste Munchy’s, Taste Happiness”- Munchy’s Malaysia Rai Ulang Tahun Ke-35 Tahun

by Nurul A.
September 23, 2026

Munchy’s Malaysia meraikan ulang tahun ke-35 dengan tema “Taste Munchy’s, Taste Happiness” sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. Ulang...

Read moreDetails
LifeXplore

REDMAGIC Astra 2 Rasmi Di Malaysia, Tablet Gaming 185Hz Pada Harga Bermula RM3,599

by Phic ARMAN
September 3, 2026

Kalau anda jenis gamer yang boleh duduk berjam-jam depan skrin, isu seperti tablet panas, frame rate tak stabil atau bateri...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara