Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Muslim Pro Putuskan Hubungan Dengan X-Mode, Nafi Jual Data Pengguna

by Khai Azfar
November 18, 2020
Share on Facebook

Semalam, Murai.my melaporkan aplikasi yang popular dalam kalangan umat Islam seluruh dunia, Muslim Pro didakwa telah menjual data penggunanya kepada sebuah pihak sebelum dibeli oleh tentera Amerika Syarikat (AS).

Nafi Jual Data Pengguna 

Difahamkan, tindakan tersebut dibuat bagi menumpukan kepada aktiviti antikeganasan, keselamatan siber serta menentukan kawasan panas COVID-19. Bagaimanapun, menerusi sebuah kenyataan rasmi pihak Muslim Pro menafikan dakwaan tersebut serta menegaskan tidak pernah menjual data penggunanya.

Putuskan Hubungan Dengan X-Mode

Jelasnya lagi, Muslim Pro telah pun memutuskan hubungan dengan X-Mode, syarikat yang didakwa menjual data tersebut kepada pihak tentera AS sejak empat minggu lalu. Muslim Pro turut menyatakan pihak mereka sudah melancarkan siasatan mengenai isu tersebut di peringkat antarabangsa selain meneliti polisi data bagi memastikan keselamatan data penggunanya terjamin.

Sebagai info, Muslim Pro yang dibangunkan pada 2010 oleh syarikat Bitsmedia, sebuah syarikat pembangunan aplikasi berpangkalan di Singapura merupakan aplikasi yang membantu penggunanya menentukan arah kiblat, selain mengingatkan waktu solat dan menyediakan ayat al-Quran secara dalam talian. Sehingga kini, Muslim Pro dimuat turun lebih 98 juta pengguna di seluruh dunia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aplikasi Muslim ProMuslim Pro
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara