Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Nafi Makan Besar Seramai 20 Orang, Isteri Mawi Ekin Perjelas Resit Asal Tak Sama Dengan Penjelasan Pemilik Gerai

by Puteri Alia
October 5, 2023
Share on Facebook

Isteri kepada artis serba boleh Mawi, Ekin menyifatkan penjelasan dibuat pemilik gerai makanan laut yang didakwa mengenakan caj mahal tidak menggambarkan situasi sebenar dan mengelirukan.

Ekin atau nama sebenarnya, Nora’Asikin Rahmat, antara kenyataan wanita yang menjadi persoalan berkaitan resit dipaparkan dan bilangan ahli keluarga yang ada bersamanya ketika kejadian.

“Saya ada lihat video penjelasan makcik berkenaan dan resit dipaparkan tidak sama dengan apa yang diberikan kepada saya.

“Resit asal tidak ada butiran terperinci untuk setiap hidangan seperti yang disebut dalam video ini.

“Jika ditulis semua butiran dalam resit asal, rasanya tidak timbul isu seperti ini.

“Saya juga ingin menjelaskan, bilangan anggota keluarga yang makan pada hari berkenaan bukanlah 20 orang seperti dinyatakan.

“Semuanya, 16 orang iaitu 10 dewasa, empat kanak-kanak dan dua bayi.

“Saya ada bukti bergambar jika ada yang meraguinya,” katanya

Ditanya adakah bersedia bersemuka dengan peniaga berkenaan seperti yang disarankan, Ekin berkata, dia tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Saya sudah suarakan rasa tak puas hati dan dia juga sudah memberi penjelasan, jadi tak perlulah saya bertemu dengannya.

“Bayaran pun sudah dijelaskan dan makanan masuk perut, jadi tidak perlu untuk perkara ini dipanjangkan.

“Sebenarnya itu adalah kali pertama saya dan keluarga berkunjung ke gerai berkenaan. Selalunya, kami ke gerai lain yang memang sudah biasa.

“Secara kebetulan, ikan di gerai berkenaan sudah habis, maklumlah orang ramai pada hujung minggu.

“Kami pergi kedai makcik ini pun sebab dia yang panggil. Niat nak kongsi rezeki, tak sangka pula jadi isu seperti ini,” luahnya.

Terdahulu, wanita yang juga pemilik gerai tampil menjawab dakwaan Ekin menerusi entri dalam media sosial.

Wanita berkenaan turut memperincikan menu dipesan oleh usahawan selebriti itu untuk 20 orang makan, termasuk pecahan harga bagi setiap lauk dipesan.

Sebelum ini, Ekin memuat naik hantaran dalam media sosial kerana terkejut dengan caj RM1,260 yang disifatkannya cekik darah oleh pemilik kedai.

Ekin Mawi
https://lomp.at/fggke
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

[VIDEO] Gelagat Chef Zam Terima Kunjungan Sultan Terengganu Datang Beraya Curi Perhatian

by Phic ARMAN
March 31, 2026

Aidilfitri tahun ini memang tak akan dilupakan Chef Zam dan keluarga bila menerima kunjungan kerabat diraja terus ke rumah mereka....

Read moreDetails
Spotlight

Perkongsian Syed Saddiq Di Twitter Pada 2017 Curi Perhatian, “YB Dah Lama Aim”

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Beberapa hari ini, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah hangat diperkatakan susulan berita pertunangan mereka yang berlangsung...

Read moreDetails
Berita

Aisha Retno ‘Throwback’ Keputusan SPM, Netizen Kagum!-“Aisha Tak Kosong Ya…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Penyanyi, Aisha Retno membuat perkongsian istimewa bersama peminat selepas para calon SPM 2025 (Sijil Pelajaran Malaysia) mengambil keputusan peperiksaan mereka...

Read moreDetails
Foto - @fikrylawaksolo (FB)
Lokal

“Saya Rasa Cukuplah Setakat Ini”- Rumah Tangga Fikry Ibrahim Bergolak?

by Nurul A.
April 17, 2026

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan mengatakan rumah tangganya kembali bergolak. Tampil menjawab dakwaan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara