Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Nafi Pakai Botox, Ini Rahsia Kecantikan Maria Farida

by Khai Azfar
September 25, 2020
Share on Facebook

Melihatkan pada kecantikan dan awet muda pada wajahnya, siapa sangka aktres jelita Datin Seri Maria Farida sudah menginjak ke usia 50-an.

Nafi Ambil Botox

Menafikan pengambilan pelbagai produk terlarang dan rawatan kecantikan seperti botox, Maria mendedahkan dia tidak berani untuk mengambil sebarang alternatif yang tidak dipercayai kerana mempunyai masalah kulit yang terlalu sensitif.

Sebaliknya, dia hanya mengamalkan rutin penjagaan biasa sebelum mengambil supplemen tambahan berasaskan kolagen dari jenama Lucol-S.

“Saya ada kulit yang sangat sensitif. Pelbagai produk saya dah cuba sampai kulit saya jadi gatal dan keluar bintik kemerah-merahan sampai saya dah putus asa. Sampailah suatu hari, kawan saya syorkan produk ini sebagai percubaan.

Waktu itu saya agak risau takut jadi seperti sebelum ini tapi kawan saya cakap cuba dahulu dan lihat hasilnya. Saya cuba beberapa minggu dan terkejut kerana tiada alahan seperti sebelum ini” kata Maria kepada Murai.my.

Tidak Perlu Belanja Besar 

Selain itu, Maria turut berkongsi tips penjagaan dirinya yang mana dedahnya tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan tubuh badan ideal dan kulit yang cantik.

Menurut Maria, dia mengambil rutin makanan sama seperti orang lain dan kadang kala turut memesan makanan segera. Bagaimanapun, dia akan memastikan dapat tidur yang cukup selain akan cuba untuk tidak mengambil makan malam.

“Saya tidak akan diet. Saya juga ada ambil gula dan sebagainya cuma saya akan kurangkan makan pada waktu malam untuk kekalkan berat badan,” dedahnya.

Maria ditemui Murai.my di majlis pelancaran produk Lucol-S di Royal Palace, Cyberjaya pada petang Khamis. Sebagai info, Maria telah dipilih sebagai duta kepada Lucol-S sejak Julai yang lalu sekaligus menjadikannya sebagai duta selebriti pertama produk berkenaan.

maria farida
https://lomp.at/ig12y
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara