Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Nahas UPSI: Tangisan Dalam Pelukan Tuanku Gamit Air Mata Netizen- “Hari Ni Penat Nangis”

Dalam Pelukan Itu Ada Seribu Doa – Sultan & Permaisuri Hadir Saat Paling Sukar

by Phic ARMAN
June 10, 2025
110
KONGSIAN
Share on Facebook

Suasana pilu menyelubungi media sosial hari ini apabila video menyayat hati memperlihatkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memeluk erat waris mangsa kemalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tular di TikTok.

Rakaman berkenaan dirakam ketika Baginda bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim mencemar duli berangkat ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi menyantuni keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

@stratcommperak

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyantuni waris mangsa pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini. Turut bersama, YAB Menteri Besar Cikgu Saarani, YB Cikgu Din, ex-officio, serta Pengarah Jabatan dan Agensi di negeri Perak. Moga Allah permudahkan segala-galanya. @Saarani Mohamad @Exco Eheyns Negeri Perak #Tuanku #Sultan #SultanPerak #Permaisuri #PermaisuriPerak #YABMB #CikguSaarani #Perak #Gerik #StratCommPerak #PerakSejahtera2030 #perakmakmurrakyatsejahtera #MalaysiaMadani #alfatihah

♬ Salam Terakhir – Dato’ Sudirman

Video dikongsikan di TikTok @stratcommperak ini segera mengundang ribuan reaksi, dengan ruangan komen dibanjiri luahan sebak netizen yang rata-ratanya tidak mampu menahan air mata.

“Sebak tengok Tuanku dakap ayah kepada arwah. Baginda juga seorang ayah, sebab itu terasa sangat ikhlas dan tulus pelukannya.”

“Harini penat nangis 💔… video ni betul-betul buat hati hancur. Salam takziah buat semua keluarga mangsa.”

“Bertambah-tambah sedih tengok Sultan Perak ziarah dan tenangkan keluarga. Semangat betul.”

Momen Baginda memeluk salah seorang bapa mangsa sambil menenangkan dengan kata-kata penuh empati menyentuh hati seluruh rakyat. Tidak kurang juga yang memuji kehadiran Baginda dan Tuanku Zara sebagai pengubat lara buat ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang.

VIA SInar Harain

Komen lain turut menyuarakan rasa syukur atas keprihatinan kepimpinan negeri Perak:

“Bukan senang nak tengok Raja turun sendiri ziarah macam ni. Sangat berjiwa rakyat. Saya sendiri menangis tengok video tu.”

“Kalau saya yang tak kenal pun rasa perit, bayangkan keluarga mangsa. Tapi dapat pelukan dari Sultan sendiri, mungkin itu sedikit penawar di saat paling gelap.”

Video yang tular itu bukan sahaja menyampaikan kesedihan, malah menjadi lambang kasih seorang Raja kepada rakyat. Dalam kesedihan, rakyat Malaysia bersatu hati, berkongsi doa dan harapan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan.

“Al-Fatihah buat yang telah pergi. Dan buat yang ditinggalkan, semoga kalian kuat.”

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Sultan Nazrin Shahtuanku zara salimUPSI
Share44Tweet28SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara