Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Nak Awet Muda, Sampai 5 Jenis Pembedahan Plastik Yang Titi DJ Jalani Di Korea

by Lisa Ghani
February 2, 2023
Foto - IG @ti2dj

Foto - IG @ti2dj

Share on Facebook

Bila meningkat usia, kita tak dapat elak memikirkan faktor penuaan. Kedutan dan garis-garis halus benda yang wanita takuti. Bila ianya mula kelihatan, mulalah memikirkan cara bagi menghilangkannya. Maka timbullah keinginan untuk membuat pembedahan plastik.

Itulah yang berlaku kepada selebriti Indonesia, Titi DJ. Baru-baru ini kecoh terbang ke Korea Selatan untuk menjalani pembedahan plastik anti-penuaan. Bukan satu atau dua, tapi 5 jenis pembedahan plastik bagi mendapatkan rupa paras awet muda.

Melalui akaun media sosial peribadi, Titi DJ berkongsi cerita tentang menjalani operasi anti-penuaan. Seperti yang diketahui, Korea Selatan terkenal dengan rawatan dan klinik kecantikan yang terbaik.

View this post on Instagram

A post shared by TITI DJ (@ti2dj)

Jelas Titi, dia telah menjalani sekurang-kurangnya lima pembedahan di mukanya, iaitu face lift, forehead lift, neck lift, lower blepharoplasty, dan fat graft.

Face Lift

Rawatan ini membantu menegangkan bahagian muka yang mulai berkurangan dan mengatasi penuaan. Ia juga membantu menegangkan kulit menggunakan prosedur pembedahan. Pakar bedah akan menarik dengan menegangkan kawasan pipi dan dahi.

Dipetik dari Liputan6, seiring dengan perkembangan teknologi, sudah banyak klinik kecantikan yang menyediakan rawatan face lift tanpa perlu pembedahan. Semuanya bergantung juga pada keadaan muka kamu.

Forehead Lift

Forehead lift untuk menegangkan muka terutamanya di bahagian dahi. Ini bertujuan untuk menghilangkan kedutan di dahi dan celah-celah mata. Titi DJ turut melakukan blepharosplasty, pembedahan untuk membuang kantung mata – kulit yang sangat kendur di sekeliling mata yang boleh mengakibatkan masalah penglihatan sisi.

Neck Lift

Neck lift adalah pembedahan plastik yang bertujuan untuk menegangkan kulit yang kendur di leher. Prosedurnya dilakukan dengan cara membuang lebihan tisu di sekitar leher. Lebihan tisu yang dimaksudkan adalah dalam bentuk kulit, lemak dan otot.

Lower Blepharoplasty

Pembedahan ini juga dikenali sebagai pembedahan kelopak mata dan bertujuan untuk memperbaiki penampilan mata. Caranya dengan mengetatkan tisu dan membuang lebihan lemak di kawasan kelopak mata bawah. Prosedur pembedahan kosmetik ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kelopak mata yang kendur.

Fat Graft

Merupakan proses pemindahan lemak dari satu bahagian badan ke bahagian lain yang memerlukan lemak tambahan.

“Lemak yang saya ambil adalah dari lemak di bahagian dalam peha, kemudian diisi di muka saya – di dahi, pelipis dan di kawasan garis senyuman. Ini untuk menambah volume sehingga kulit menjadi licin dan mempunyai kedutan yang minima.”

View this post on Instagram

A post shared by TITI DJ (@ti2dj)

Menurut Titi DJ lagi, sekarang dia kelihatan lebih muda tanpa bantuan solekan tebal.

“Saya melakukan ini untuk diri saya sendiri, untuk kesenangan dan kepuasan saya sendiri. Muka saya masih muka Titi DJ, bukan muka orang lain. Ia masih saya, tetapi versi saya yang lebih muda.”

[FOTO] Berubah Secara Drastik, 5 Selebriti Indonesia Ini Mengaku Lakukan Pembedahan Plastik
pembedahan plastiktiti dj
https://lomp.at/dwwt0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara