Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

“Nak Cantik Tak Kena Gaya” – Ibu Mentua Melaram Siap Pakai ‘Crown’ Melebihi Pengantin

by Puteri Alia
October 30, 2023
Share on Facebook

Secara umumnya, Islam tidak menetapkan jenama  khusus bagi pakaian individu muslim. Ini menunjukkan keluasan dalam menggayakan pakaian mengikut pakaian adat setempat sekalipun berfesyen.

Namun, perkara yang perlu dititikberatkan ketika mengayakan pakaian ialah menepati ciri-ciri pakaian yang menutup aurat dengan sempurna  selain mengikut piawaian yang telah ditentukan syarak.

Justeru,  kaum wanita boleh melabuhkan pakaiannya sehasta daripada buku lali  agar tidak tersingkap aurat di bahagian tumit kakinya.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan rombongan pengantin sedang berarak dalam majlis perkahwinan menjadi perhatian pengguna media sosial yang hairan melihat terdapat tiga pengantin perempuan.

Majlis tersebut berlangsung di Cigondewah, Bandung.

Ia memaparkan rombongan pengantin yang berarak sambil membawa pelbagai barang hantaran.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah terdapat tiga wanita memakai busana pengantin lengkap dengan tiara.

Senario itu membuatkan netizen tertanya-tanya siapa pengantin yang sebenar.

Menjawab persoalan tersebut, pengantin sebenar yang dikenali sebagai Salsabila tampil menjelaskan bahawa dua wanita memakai busana berwarna kelabu itu ialah ibu mentua dan kakak iparnya.

Salsabila turut memuat naik gambar mereka sekeluarga menunjukkan dia memakai busana pengantin mengikut adat Sunda.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Ibu mentua tidak mahu kalah dengan pengantin,” kata seorang netizen.

“Keliru yang mana satu pengantin,” ujar pengguna lain.

[VIDEO] Kerana Hadiah, Nyanyian Pemuda Ini Cetus Gelak Tawa- "Kukira Opera Wings Rupanya..."
Viral
https://lomp.at/6irtn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore