Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Nak Lari Dengan Selesa & Sarung Tanpa Bongkok? Skechers Ada Jawapannya…

by Phic ARMAN
November 14, 2025
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru‑baru ini MURAI sempat cuba pasang kasut Skechers Hands Free Slip‑ins®: Max Run, dan boleh kata, jika anda seorang pelari yang nak gabungan selesa + bergaya + fungsi untuk kesihatan, ini memang satu pilihan yang menarik.

Konsep hands–free (selit je kaki, tak perlu membongkok) memang beri kelegaan tambahan,  terutama bagi yang pagi‑pagi rebut masa nak keluar lari. Dari sudut kesihatan, gerak membongkok berulang boleh beri tekanan kepada tulang belakang atau lutut.

Petikan dari media tempatan, seorang pakar ortopedik menyebut bahawa “kasut yang mudah disarung tanpa membongkok boleh mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan lutut, terutamanya bagi mereka yang ada masalah sendi atau sakit belakang ringan.”

Di samping itu, kajian menyokong bahawa kasut yang “fitting” dan selesa secara keseluruhan memberi kesan positif ke atas kesihatan kaki , seperti pengurangan tekanan berlebihan di tapak kaki, dan pembentukan kasut yang sesuai boleh bantu fungsi kaki dengan lebih baik.

Apa Yang Menarik Dengan Skechers Hands Free Slip‑ins®: Max Run

Ada Heel Pillow® yang memastikan tumit anda ‘duduk’ dengan stabil dalam kasut. Insole Air‑Cooled Goga Mat™ yang empuk dan breathable, bila anda berlari beberapa kilometer, kaki masih rasa segar, tak cepat panas atau ada rasa sempit. Midsole ultra‑light dan lapisan sockbed Soft Stride™, menambahkan cushioning yang membuatkan langkah terasa ringan dan lebih lancar. Tapak luar dengan Goodyear® Rubber Outsole bagi tapak yang kuat cengkaman, sesuai bila anda lari di jalan basah atau licin.

Teknologi M‑Strike® di dalamnya membantu peralihan setiap langkah daripada landing ke toe‑off jadi lebih lancar,  jadi kurang rasa ‘terhentak’ atau ‘terkejut’ bila kaki hendak tolakan.

Bonus: boleh dibasuh guna mesin, memang menyenangkan bila kasut larian anda cepat basah atau kotor.

Warna favourite bagi MURAI: all white. Terasa minimal namun tetap tampil unik dan paling penting, boleh padan dengan outfit selain daripada untuk larian. Nak lepak kopi lepas lari? Boleh. Nak jalan santai malam? Boleh juga. Jadi bukan sekadar kasut larian, tapi juga gaya casual berkelas.

Maklumat jualan

Bagi yang berminat, Max Run kini dijual dari RM 439, dengan pelancaran tambahan pada 17 Oktober 2025. Boleh didapati di butik Skechers terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall dan 1 Utama Shopping Centre, atau secara online di Skechers.com.my.

Koleksi Wanita
Koleksi Lelaki
Koleksi Wanita
Koleksi Lelaki

Kalau anda seorang pelari yang nak kasut yang selesa, ringan, tetapi tetap bergaya dan versatile,  saya rasa pilihan ini sangat cocok. Ditambah pula dengan manfaat kesihatan seperti mengurangkan tekanan sendi atau tulang belakang, ia jadi lebih daripada sekadar kasut “cantik”. Jadi jika anda sedang cari satu pasangan untuk larian dan gaya harian  boleh pertimbangkan.

Skechers Hands Free Slip‑ins®: Max Run
https://lomp.at/354xc
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore