• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

NAK MAKAN Menaja 10,000 Pek Makanan Percuma Sepanjang Ramadan

by Phic ARMAN
April 29, 2020
Share on Facebook

NAK MAKAN, platform baharu perkhidmatan makanan dibawah Nak Beli yang disokong oleh MY E.G. Services Berhad (MYEG) menaja 10,000 pek makanan sepanjang Ramadan menerusi program tangggungjawab sosial korporat dikenali sebagai NAK MAKAN #KitaShare.

Orang ramai boleh mencalonkan mana-mana individu atau pertubuhan di sekitar Lembah Klang untuk menerima tajaan makanan berkenaan di waktu sukar ini. Penerima terbuka sesiapa sahaja yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan atau mungkin pekerja di barisan hadapan yang mungkin menghargai sekiranya anda membelikan makanan bagi ahli keluarga mereka atau rakan-rakan yang memerlukan sumbangan. Orang ramai boleh mencalonkan mereka sepanjang Ramadan sehingga 23 Mei 2020.

Untuk mencalonkan penerima, anda hanya perlu melayari laman sosial Twitter, Instagram atau Facebook Nak Beli dan tag mereka beserta tanda pagar (hashtag) #NakMakan dan #KitaShare. Pihak kami akan menguruskan semua maklumat dan penghantaran yang turut mendapat kerjasama MrSpeedy.

Selain itu juga, orang ramai boleh turut menderma makanan menerusi platform NAK MAKAN. Selaku penderma, anda boleh membeli makanan dan meletakkan nama penerima berdasarkan nama akaun sosial media mereka di akhir pembelian.

Platform NAK MAKAN, www.nakmakan.com.my akan mula beroperasi pada 23 April 2020 bagi pelanggan untuk membuat pesanan makanan sepanjang Ramadan daripada vendor yang berada di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrjaya bermula 10 pagi hingga 6 petang. Berbanding platform lain, NAK MAKAN membenarkan pelanggan untuk membuat pesanan daripada pelbagai vendor menerusi satu transaksi. Ini sekaligus memberikan pelanggan pengalaman untuk menikmati pelbagai makanan dalam satu-satu masa.

Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk melakukan pra-pesanan lebih awal. Antara vendor makanan yang terdapat di NAK MAKAN adalah Las Vacas Steakhouse, the Filling Station, Bangsar Fish Head Corner, Sedap Malam Station, Super Boring Club, Putu Mayam Warisan Bonda Enterprise, Roti John Tonggek, De’rul’s Kitchen, Spag Me, Tealive Aeon Big Ampang, Sangkaya Wangsa Walk, Waka Waka Gelato, Fook Yeah dengan banyak lagi akan menyertai platform ini.

NAK MAKAN turut menampilkan vendor di Pulau Pinang dan Johor dalam memberikan pengalaman Ramadan terbaik kepada pelanggan. Vendor makanan di kedua-dua negeri ini dijemput untuk mendaftarkan perniagaan mereka di platform NAK MAKAN dengan menghubungi +603 7664 8100 atau +6017 228 5948/5954/5958/5983.

Pengenalan NAK MAKAN bertujuan menyokong peniaga tempatan untuk menggunakan platform dalam talian bagi memasarkan produk mereka sepanjang Ramadan sekaligus menjana pendapatan tambahan. Moto NAK MAKAN adalah ‘Anda fokus kepada juadah Ramadan dan kami selesaikan semuanya’ dimana pasukan sokongan akan melakukan segala yang diperlukan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Terbaharu pada awal bulan ini, Nak Beli telah melancarkan kedai serbaneka dalam talian, Nak Beli Mart untuk pelanggan mendapatkan keperluan isi rumah seperti barangan penjagaan diri, barangan memasak, snek, makanan dan minuman.

Untuk maklumat lanjut, layari www.nakmakan.com.my.

Bangsar Fish Head CornerDe'rul's KitchenFook YeahLas Vacas SteakhousePutu Mayam Warisan Bonda EnterpriseRoti John TonggekSangkaya Wangsa WalkSedap Malam StationSpag MeSuper Boring ClubTealive Aeon Big Ampangthe Filling StationWaka Waka Gelato
https://lomp.at/6zrlv
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Budaya

Tahi Lalat Di Wajah Dan Maksud Tersiratnya Pada Personaliti Anda Agak Menarik

by Jash Lee
October 3, 2020

Tanda atau titik hitam yang terdapat pada wajah dan badan yang biasanya disebut tahi lalat atau mole. Tetapi tahukah anda bahawa...

Read moreDetails
Budaya

Ramalan Baju Raya 2026: Dua Warna Ini Bakal Trending! Siap Menggoda Mata Tahun Ini

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Syawal 2026 semakin menghampiri, dan bagi peminat fesyen Raya, soal warna baju pasti menjadi topik hangat. Ramalan dari pengusaha fesyen...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Budaya

Semak SOP Dari MKN Ini Untuk Raikan Deepavali Di Kawasan PKPP, PKPB, & PKPD

by Naddy Joe
November 6, 2020

Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai SOP (standard operating procedures) bagi rakyat Malaysia menyambut hari...

Read moreDetails
Budaya

5 Selebriti Yang Berpoligami Dan Kekal Bahagia Hingga Kini

by Jash Lee
March 6, 2021

Kalau bercakap pasal bermadu, kaum hawalah yang pastinya akan merasa resah gelisah bukan? Tak ramai sebenarnya kaum hawa yang sanggup...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore