Monday, August 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Nak Tahu Kenapa Rambut Wanita India Berkilau, Lebat & Sihat? Ini 4 Rahsianya…

by Soph Azz
August 18, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

266
KONGSIAN
Share on Facebook

Rasanya tak ada seorang pun daripada kita yang tak mahu rambutnya kelihatan sihat, lebat dan bersinar seperti kebanyakan wanita India. Lihat saja rambut mereka, memang nampak rapi dan terletak elok di kepala.

Boleh dikatakan hampir semua wanita India memiliki rambut yang lebat, panjang, sihat dan susah nak beruban. Selain daripada genetik, wanita-wanita India ini ada rahsia mereka tersendiri.

Kalau kamu nak rambut yang lebat, panjang, sihat dan berkilau seperti wanita India terutamanya selebriti wanita Bollywood, ini rahsia mereka yang Miss Murai nak kongsikan…

#1 Kena rajin urut kulit kepala 

Foto – Pinterest

Secara kebiasaannya, wanita di India akan mengurut kulit kepala mereka menggunakan minyak yang suam. Urut selama 4 minit setiap hari kerana kaedah ini membantu melancarkan peredaran darah, merangsang pertumbuhan rambut yang sihat dan mencegah keguguran rambut.

#2 Wajib guna buah malaka dalam rutin hair care

Buah Malaka yang dikenali sebagai Amla atau Indian Gooseberry, adalah buah yang sering digunakan dalam tradisi penjagaan rambut di India sejak dulu lagi.

Foto – Pinterest

Buah Malaka yang kering akan direndam dengan minyak badam atau kelapa selama beberapa minggu.

Minyak buah Malaka ini yang kaya dengan Vitamin C ini akan digunakan setiap hari bagi membantu menguatkan akar rambut, cegah keguguran rambut dan berikan kilauan semula jadi.

#3 Lidah buaya sebagai mask rambut 

Selain merawat sunburn atau luka, daun lidah buaya juga digunakan untuk merawat rambut oleh wanita India. Digunakan sebagai mask rambut, lidah buaya ini terbukti berkesan menghasilkan rambut yang sihat dan lebat.

Foto – Pinterest

Cara penyediaan:

  1. Ambil 2-3 helai daun lidah buaya dan potong kepada dua bahagian.
  2. Perahkan daun tersebut untuk mendapatkan gelnya.
  3. Kemudian, sapu dan ratakan secara keseluruhan pada rambut dan kulit kepala.
  4. Biarkan selama 30 minit.
  5. Kemudian bilas menggunakan air suam dan cuci sehingga bersih.
  6. Ulang kaedah ini dengan lakukannya sebanyak 1-2 kali seminggu.

#4 Air rebusan herba 

Untuk pengetahuan kamu, wanita India sering menggunakan air rebusan herba untuk merawat rambut mereka untuk kuatkan akar rambut, cegah keguguran, lambat proses uban dan kekalkan kesihatan kulit kepala. Antara bahan air rebusan tersebut adalah:

Foto – Pinterest
  • Buah Malaka
  • Brahmi
  • Bhringraj
  • Shikakai
  • Neem

Selamat mencuba!

petua jaga rambutpetua wanita indiatips rambut lebattrik rambut tebal
https://lomp.at/er97b
Share106Tweet67SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

  4. 4

    [VIDEO] Amira Othman Beri Kek Kepada Fattah Amin, Lain Pula Yang Netizen Dengar

  5. 5

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem