Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Namakan Anjing Peliharaan Sebagai “Shah Rukh”, Ini Penjelasan Aamir Khan

by Soph Azz
July 8, 2025
Foto - @iamsrk (IG)

Foto - @iamsrk (IG)

Share on Facebook

Ketika mempromosikan filem ‘Sitaare Zameen Par‘, Aamir Khan telah berkongsi pandangan mengenai pelbagai fasa dalam kehidupannya. Kongsiannya itu termasuklah fasa keretakan hubungan persahabatannya dengan Shah Rukh Khan.

Kalau kamu nak tahu, suatu ketika dahulu Aamir pernah menamakan anjing peliharaannya dengan nama “Shah Rukh”. Kenyataan kontroversi ini telah merumitkan keadaan dan meretakkan lagi hubungan mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Aamir Khan (@amirkhanactor_)

“Sebenarnya ada satu tempoh ketika saya dan Shah Rukh Khan banyak bercakap tentang satu sama lain. Mungkin dia tak berpuas hati dengan saya.”

View this post on Instagram

A post shared by D'YAVOL X (@dyavol.x)

Apabila hos bertanyakan sebab di sebalik mengapa Shah Rukh Khan tidak berpuas hati dengannya, Aamir mengatakan mungkin disebabkan dia tidak bercakap mengenai orang lain dalam temu bualnya.

Tambah Aamir, dia mengatakan kini hubungannya dengan Shah Rukh Khan kembali jernih dan menggelarnya sebagai “kawan baik”.

“Apa pun mari kita tinggalkan semua itu. Shah Rukh Khan adalah kawan baik saya. Apabila kerjaya kami bermula, terdapat persaingan semula jadi antara kami. Tetapi itu hilang 10-15 tahun lalu, ia adalah tingkah laku kebudak-budakan.”

View this post on Instagram

A post shared by Aamir Khan (@amirkhanactor_)

Bagi yang tidak tahu, kontroversi anjing itu muncul apabila Aamir pernah menulis blog pada tahun 2010-an. Dalam blog tersebut, dia menulis bahawa “Shah Rukh” iaitu nama anjingnya, telah menjilat kakinya walaupun sudah diberi makan.

“Shah Rukh menjilat kaki saya. Saya memberinya makan biskut. Apa lagi yang saya perlukan?”

Kemudian apabila dia mengikuti temu bual di stesen televisyen India, Aamir menyebut bahawa dia mempunyai seekor anjing yang dinamakan sempena Shah Rukh Khan.

View this post on Instagram

A post shared by Locarno Film Festival (@filmfestlocarno)

Kongsinya, anjing tersebut dibeli daripada pemilik Parsi. Walaupun dia menceritakan kisah itu secara gurauan, namun peminat berasa kurang sesuai dan Shah Rukh Khan pula berasa seperti dihina dengan kenyataannya itu.

Aamir juga mendedahkan bahawa selepas menyedari kesilapannya, dia telah melawat Shah Rukh Khan dan meminta maaf kepada anak-anaknya, Aryan Khan dan Suhana Khan.

Apa pendapat kamu?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aamir Khanshah rukh khan
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  4. 4

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  5. 5

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara