Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Nasyid Friday: Kebangkitan Dakwah Moden

by Nurul A.
May 17, 2026
Foto - Nasyid Friday

Foto - Nasyid Friday

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Melihat bagaimana dekatnya anak muda dengan hiburan dan seni ketika ini, Adnin Roslan, founder Tarbiah Sentap, Pengarah dan Penerbit Nasyid Friday ‘melahirkan’ sebuah gelombang antusias terhadap hiburan berunsur Islamik dan kerohanian.

Adnin menyifatkan nasyid bukan sekadar hiburan, lantas Nasyid Friday akan menjadi gelombang yang membawa manusia kembali mengingati Tuhan.

Nasyid Friday akan dimulai pada setiap Jumaat bermula Jun 2026 sebelum berakhir pada Januari 2027. Ia akan bergerak menerusi pembabitan lapan penyanyi nasyid yang melahirkan karya-karya kerohanian bersama video muzik.

Mereka terdiri daripada Adnin Roslan, Aniq Muhai, Aswan Anwar, Kumpulan One Path, kumpulan Rabithah, kumpulan Fetya, kumpulan The Truth dan juga kumpulan Autotune Band.

Foto – Nasyid Friday

Bercakap lanjut mengenai Nasyid Friday, mereka mempunyai misi untuk menghidupkan industri nasyid yang suatu ketika dahulu memainkan pengaruh cukup besar. Malah lagu-lagu dalam projek Nasyid Friday memberi tumpuan kepada isu-isu remaja dan anak muda.

Foto – Nasyid Friday

Sementara itu Bilal yang mewakili kumpulan Fetya menyifatkan pemilihan menghasilkan lagu-lagu memperjuangkan Palestin selaras dengan simbol kebebasan dan kemerdekaan. Ini merupakan pengisian khusus untuk lagu-lagu dan album Fetya dalam projek Nasyid Friday.

Foto – Nasyid Friday

Ridwan mewakili kumpulan Rabithah, berharap agar masyarakat terus menyokong, mendengar dan menilai lagu-lagu dakwah dengan hati yang terbuka.

Foto – Nasyid Friday

Lebih menarik, Nasyid Friday tidak hanya disertai lapan tunggak utama tetapi menerima penampilan istimewa dalam kalangan selebriti serta penyanyi tempatan. Mereka yang bakal terlibat dalam pembikinan tiga daripada lapan album ini adalah Saiful Apek, Anas Tahir dan Alif Azhari.

Visi Tarbiah Sentap Melalui Seni

Sementara itu bercakap tentang Tarbiah Sentap, Adnin menzahirkan misi dan visi besar yang dibawa selama ini.

“Visi besar kami adalah untuk menjadi saluran dakwah, tarbiah dan hiburan Islami pilihan nombor satu anak muda. Kami mahu membina satu ekosistem kandungan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi kesan kepada hati, pemikiran dan kehidupan masyarakat.”

Adnin mengatakan penghasilan nasyid baharu setiap hari Jumaat bermula Jun 2026 sehingga Januari 2027 kelak akan dibangunkan bersama penghasilan sekitar 200 video dan konten dakwah setiap bulan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adnin roslanAniq Muhaiaswan anwarautotune bandfetyakumpulan one pathnasyid fridayRabithahthe truthustaz adnin roslan
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara