Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Neelofa Akui Paksa Diri Tonton Video Islamik, Cemburu Tengok Orang Khatam Al-Quran

by Puteri Alia
July 2, 2025
Share on Facebook

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkongsi bahawa kekuatan untuk terus istiqamah dalam mendalami ilmu agama datang daripada keterbukaan hati menerima nasihat, khususnya menerusi kandungan Islamik di media sosial.

Menurut Neelofa, dia sering memaksa diri menonton video-video yang menyentuh hati walaupun ada ketikanya tidak berminat. Perkongsian tersebut dibuat menerusi satu video di platform TikTok.

“Apabila tengok apa sahaja perkongsian video dalam media sosial, saya bukan sahaja tengok yang lawak tapi menyentuh hati. Saya memang tidak akan ‘scroll’ laju kalau ada video Islamik lalu di media sosial saya.

“Walaupun masa tu hati tak tenang atau tak nak tonton, saya paksa juga dengar. Jujurnya, video-video sebegitu menjadi ‘booster’ untuk saya terus baca al-Quran,” katanya.

Bekas pengacara MeleTOP itu turut meluahkan kekaguman terhadap individu yang mampu istiqamah dalam membaca dan khatam Al-Quran secara berterusan. Dia menyifatkan individu sebegitu sebagai sangat kuat dan dekat dengan Allah, serta menjadi inspirasi buat dirinya.

Dalam video sama, suaminya, Haris Ismail turut memberi pujian terhadap perubahan Neelofa yang kini sentiasa berpakaian labuh dan menutup aurat walaupun dalam cuaca panas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keikhlasan Neelofa dalam penghijrahannya dan menyifatkannya sebagai inspirasi buat ramai wanita Muslim.

Untuk rekod, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mula tampil berhijab sepenuhnya pada Julai 2014. Ketika itu, penampilannya menjadi sorotan utama media dan mendapat reaksi hangat daripada peminat yang tidak menyangka perubahan mendadak tersebut.

Tidak lama kemudian, Neelofa terus mengukuhkan identiti Muslimahnya dengan tampil mengenakan niqab bermula Oktober 2020, satu langkah berani yang turut mencetuskan fenomena tersendiri dalam kalangan wanita Muslim di Malaysia.

Aisyah Aziz Tiba-Tiba Berpurdah, Ikut Jejak Neelofa?

Langkah berani Neelofa itu tidak terhenti setakat penampilan fizikal sahaja. Beliau turut aktif dalam menyampaikan ilmu dan mesej positif melalui platform media sosial serta penglibatannya dalam program-program berbentuk dakwah, ceramah dan perkongsian ilmu agama. Sebagai seorang figura awam, Neelofa tidak hanya memberi contoh melalui imej, tetapi juga melalui gaya hidup dan prinsip yang dipegangnya.

neelofa
https://lomp.at/mm1r5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore