Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Netizen Dakwa Hilang Hormat Dengan Siti Nurhaliza, Kecil Hati Isu SOP

by Khai Azfar
May 3, 2021
Share on Facebook

Penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi tumpuan apabila menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial berikutan menjemput Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan beberapa pendakwah bebas termasuk dari negeri lain ke majlis tahnik anak lelakinya, Muhammad Afwa, baru-baru ini.

Via Instagram Siti Nurhaliza

Netizen Kecewa Dengan Siti

Gara-gara foto yang dikongsi Siti di laman Instagram nya, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa selain akui turut rasa hilang hormat selepas mengadakan majlis berkenaan.

Pertikai Kebenaran Ustaz Azhar Idrus 

Selain mempertikaikan kebenaran rentas negeri yang diperoleh oleh Ustaz Azhar Idrus, mereka turut terkilan kerana Siti boleh mengadakan majlis seumpama berkenaan sekaligus disifatkan seperti tidak sensitif dengan keluhan masyarakat.

Dalam perkembangan berkaitan, dalam kuliahnya yang terkini Ustaz Azhar menjawab segala tohmahan netizen terhadap kehadirannya ke rumah selebriti itu. Menurutnya, dia sudah lama berkawan dengan suami Siti, Datuk Khalid Mohd Jiwa dan dia melahirkan rasa segan apabila tidak memenuhi jemputan Khalid.

“Sudah tiga kali dia ajak saya pergi rumah dia, saya seganlah sebab dia pernah ziarah saya lebih dua jam sebelum ini.

“Jadi saya hadir sebagai balas jemputan dia dan saya janji pergi (majlis tahnik) lepas tarawih.

“Ermm gi tu orang masih ada lagi…pah ngan aku kena (kecam),” ujar Ustaz Azhar

https://twitter.com/_rezarazali_/status/1389032945986334727

Topik Berkaitan "Muak Dengar Penyanyi Kata Sound Teruk, Siti Nyanyi Ok Je"- Atilia Harun

Ketika ini, isu kebenaran merentas negeri dan pelanggaran SOP seperti pemakaian pelitup muka antara topik yang hangat dibacarakan oleh netizen di media sosial.

Sekadar info, sebelum ini selain Dr Zulkifli Siti turut menjemput Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari menjadi tetamu istimewa pada majlis itu selain turut mentahnikkan anak keduanya yang baru lahir pada 19 April lalu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
siti nurhalizaSiti Nurhaliza SOP
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  2. 2

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  4. 4

    Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

  5. 5

    “Saya Suami & Ayah Paling Bertuah”- Ucapan Suami Nelydia Senrose Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara