Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Netizen Geram Dengan Watak Che Ta, Ada Yang Luah Minta KKM Tidurkan “Kak Ju”

by Nurul A.
December 4, 2025
Foto - @rozitachewan1 (IG)

Foto - @rozitachewan1 (IG)

86
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah sekian lama tidak menghiasi kaca televisyen, pelakon dan model Rozita Che Wan kembali aktif dalam dunia lakonan. Selepas tiga tahun ‘merehatkan’ diri, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta comeback dengan memegang watak antagonis “Kak Ju” menerusi drama ‘Bahagia Yang Tertangguh’.

Walaupun ramai yang teruja melihat lakonannya itu, namun ada segelintir penonton meluahkan rasa geram dan benci mereka melihat watak “Kak Ju” sebagai kakak ipar yang toksik.

View this post on Instagram

Drama bersiri itu menjadi perbualan ramai sehingga ke hari ini apabila ramai penonton yang geram melihat sikap “Kak Ju” menganggu rumah tangga adik sendiri.

“Penangan watak “Kak Ju” itu mengembalikan ingatakan saya saat melakonkan watak “Kiah Pekasam” dulu, cuma bezanya inilah kali pertama saya bawa karakter hitam. Jujur tak sangka kemunculan “Kak Ju” meninggalkan kesan di hati penonton.

Sejak siaran episod awal lagi, berbakul-bakul komen dan kecaman netizen saya terima. Siap pakej makian minta “Kak Ju” ditidurkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).”

View this post on Instagram

Kongsi Che Ta lagi, ada juga segelintir penonton yang memberi amaran untuk “memijak” watak tersebut jika bertemu. Akuinya, itu adalah tanda positif bahawa lakonannya menjadi dan benar-benar meninggalkan impak.

“Tak kurang juga yang komen minta watak “Kak Ju” dimatikan segera. Ada juga yang cakap berdepan bila jumpa saya dengan nada sinis, nak ‘pijak’ “Kak Ju”.

Dari sudut lain, saya percaya apabila watak itu meninggalkan kesan di hati penonton tak kira positif atau negatif, bererti diri ini sudah memberikan sehabis baik dalam menghidupkan watak “Kak Ju” sehingga meninggalkan impak.”

View this post on Instagram

“Komen dan kecam sebegitu kalau difikirkan buat saya rasa nak gelak sebab geram punya fasal, mereka sampai nak buat macam-macam terhadap “Kak Ju”.

Tidak mengambil hati dengan kecaman dan ugutan penonton, Rozita Che Wan memberitahu bahawa setiap komen yang ditinggalkan memberikan dia sebuah kepuasan terhadap hasil kerjanya.

[VIDEO] Gelagat Anak Che Ta, Aaisyah Tukar Warna Rambut Cetus Persoalan Netizen!-"Rambut Dulu Lawa Lagi"
bahagia yang tertangguhche takak jurozita che wan
https://lomp.at/6naaa
Share34Tweet22SendShare

KINI TRENDING

Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Foto - @loritayoung_mua (IG)
Indonesia

Manohara ‘Curhat’, Dedah Ibu Sering Jumpa Bomoh & Amal Ilmu Hitam

by Nurul A.
January 21, 2026

Model Indonesia, Manohara menjadi tular selepas mendedahkan kisah gelap masa lalunya bersama ibunya, Daisy Fajarina. Menerusi Instagram Strories, Manohara turut...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore