Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Netizen Keliru Tengok ‘Muka Baru’ Madonna Di Grammy 2023. Ubah Banyak Sangat Ke?

by Lisa Ghani
February 7, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

Share on Facebook

Selain Beyonce, Harry Styles, Taylor Swift, Ben Affleck, nama Madonna turut trending di laman Twitter.

Semalam berlangsungnya Anugerah Grammy 2023 dengan jayanya. Beyonce mencipta sejarah, Harry Styles merangkul Album Terbaik, Kim Petras trengender pertama dunia memenangi anugerah Grammy dan banyak lagi yang berlaku. Nama Madonna juga terselit tapi atas sebab ‘lain’. Penampilan lagenda ini mencuri tumpuan netizen.

Foto – Getty

Dipetik daripada Pagesix, peminat menggunakan media sosial untuk berkongsi kekeliruan mereka mengenai penampilan Madonna di Grammy. Penyanyi 62 itu naik ke pentas untuk memperkenalkan Kim Petras dan Sam Smith bagi persembahan Unholy’. Dan siapa sangka penampilan Madonna mengundang kata-kata mereka, khususnya wajahnya.

Madonna tampil memakai gaun blazer hitam dan skirt hitam di atas kemeja berkolar putih dan tali leher hitam, dilengkapi stokin berjaring, tumit platform ungu dan barangan Loree Rodkin. Untuk rupa paras pula, Madonna membuat rambut tocang ekor kuda dan solekan warna tanah, keningnya pula dilunturkan. Transformasi penyanyi lagu Material Girl itu cukup lain sekali.

Foto – Getty

Hal ini kerana Madonna dilihat memiliki bibir yang lebih tebal dan muka tanpa kedutan. Netizen menyebut muka Madonna terlalu banyak mengalami perubahan dengan operasi plastik yang keterlaluan.

Ini antara tulisan netizen di Twitter;

“Madonna siapa. Itu bukan dia kan?”

“Madonna tidak kelihatan seperti Madonna. Siapa itu?”

“Madonna harus berhenti melakukan pembedahan plastik dan menerima proses penuaan. Dia benar-benar tidak dikenali sekarang. Aneh #Grammys.”

Foto – Getty

Bukan perkara baru kerana Madonna sebelum ini telah mencipta kerisauan peminat sejak dia mula membuat pembedahan plastik, sehinggalah ekstrem menjadi sebegini. Pakar bedah plastik berkata mereka percaya Madonna mengubah muka dengan melakukan facelift, hidung dan kulit ‘ditarik ke belakang’ (tanam benang).

Madonna oh Madonna….

grammy 2023madonna
https://lomp.at/75wq4
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Aliff Syukri ‘Tak Duduk Diam’ Di Konsert Siti Nurhaliza, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 12, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat suaminya...

Read moreDetails
Foto - @anzalnanasir88 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”

by Nurul A.
January 13, 2026

Pelakon jelita Anzalna Nasir mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bercuti bersama keluarga di Jepun baru-baru ini. Walaupun ramai...

Read moreDetails
Berita

Haqiem Stopa & Aireena Sofia Sah Bercerai

by Naddy Joe
January 13, 2026

Krisis rumah tangga pasangan pempengaruh iaitu Haqiem Stopa dan Aireena Sofia menemui titik noktah selepas mereka sah bercerai talak satu...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore