Thursday, July 31, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Netizen Nak Tahu Makeup Remover Apa Yang Lady Gaga Guna Di Oscar 2023

by Lisa Ghani
March 14, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

58
KONGSIAN
Share on Facebook

Berjalan di karpet merah dengan solekan yang penuh, bila membuat persembahan “Hold My Hand” dari filem Top Gun: Maverick, Lady Gaga mengejutkan semua dengan barefaced. Magik apa agaknya yang dia lakukan? Sampaikan ramai yang ingin mengetahui makeup remover apa yang penghibur serba boleh ini guna. Wajahnya bersih dari solekan tebal (bersih yang betul-betul bersih).

Dipetik daripada Harpers Bazaar, untuk penampilan di Oscar 2023, Lady Gaga menggunakan produknya sendiri Haus Labs yang sangat tahan laman dan berpigmen. Jadi, untuk mbembersihkan dalam jangka waktu pendek mencetus perhatian warga net.

“Saya benar-benar ingin tahu makeup remover yang digunakan Lady Gaga.”

“Bagaimana Lady Gaga boleh menanggalkan semua solekan dengan pantas? Jika saya, membasuh muka sebanyak lima kali, masih kelihatan seperti Joker.”

Jadi penanggal solekan apa yang Lady Gaga dan jurusoleknya Sarah Tanno guna?

Foto – Aamazon

Kata Sarah Tanno, Lady Gaga menyukai Lancôme Bi-Facil dan minyak argan.

“Jika kamu mempunyai solekan mata tebal atau produk kalis air, minyak argan sangat bagus untuk membuang segala-galanya. Saya belajar banyak daripadanya. Saya bersumpah dengan minyak argan. Digabungkan dengan produk lain atau helah lain untuk menanggalkan solekan tebal yang profesional,” katanya secara eksklusif kepada Harpers Bazaar.

Lancôme Bi-Facil Double Action Eye Makeup Remover ialah formula klasik disukai kerana keupayaannya mencairkan produk kalis air dengan cepat tanpa merengsakan kulit. Tetapi kerana formula dwi-fasa – air dan minyak, ia boleh meninggalkan sisa sedikit berminyak, jadi Gaga mungkin memerlukan pencuci muka.

Tiada yang lebih baik dalam menanggalkan solekan daripada pembersih berasaskan minyak. Di sini minyak argan ialah pilihan yang bagus kerana ia anti-radang dan perapi. Selain itu, ia dianggap sebagai minyak kering, jadi ia tidak akan meninggalkan kulit berasa terlalu berminyak setelah digunakan.

[VIDEO] Gelagat Peminat Dapat 'Sign' Lady Gaga Di Tepi Jalan Buatkan Ramai Cemburu-" Dia Punya Jerit Tu.."

Tidak diberitahu spesifik minyak argan yang digunakan Lady Gaga, tetapi Cliganic Organic Argan Oil jenama yang dipercayai.

lady gaga\makeup removeroscars 2023
Share23Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Qadejah Marah Aliff Syukri, Tapi Lain Pula Netizen Terhibur- “Sempat Mintak Air Pulak Tu”

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem