Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Netizen Puji Anak Oksana Voevodina, Makin Lama Terserlah Muka Orang Melayu

by Zaidin Albert
October 12, 2020
76
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada akhir November 2018, pernah heboh tentang khabar angin Sultan Muhammad V diketahui telah bernikah dengan Miss Moscow 2015, Oksana Voevodina. Namun, tidak ada kenyataan rasmi dari pihak Istana untuk mengesahkan hal ini.

Menurut laporan Dailymail.uk, Oksana bernikah secara Islam pada bulan Jun 2018 di Kota Bharu, Kelantan. Sementara majlis resepsi pula berlangsung di Russia untuk keluarga dan teman-teman Oksana.

Pada 21 Mei 2019, dia melahirkan seorang putera yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra. Namun, pada 1 Julai 2019, ada laporan mengatakan Sultan Muhammad V menceraikan isterinya dengan talak tiga.

Dipetik dari Mail Online, Oksana tidak mahu mendedahkan alasan perceraian itu. Dia hanya ingin menekankan bahawa Ismail adalah zuriat Sultan Muhammad V. Oksana bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang dan tidak keberatan mengambil ujian DNA.

Baru-baru ini, Oksana memuat naik foto Leon yang kini sudah memasuki usia setahun 5 bulan di Instagram. Dia terlihat bahagia bersama anaknya walau harus menyandang status sebagai ibu tunggal.

Ternyata, ramai yang memuji Leon yang semakin lama terserlah wajah orang melayu.

Sebelum ini Oksana pernah menjawab pertanyaan dari netizen status agama Leon.  Oksana berkata dia tidak menetapkan status agama Leon buat masa sekarang dan menyerahkan sendiri keputusan itu kepada anaknya apabila menjadi dewasa kelak.

Sebelum ini Oksana meletakkan nama anaknya sebagai Tengku Ismail Leon Petra namun sudah di ubah menjadi Ismail Leon. Bagaimana pandangan anda, betul ke Leon ada rupa orang Melayu?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ismail LeonOksana VevodinaRihana PetraSultan Muhammad V
Share74Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara