Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Netizen Sibuk Kenenkan Dengan Hafiz Suip! Ini Respon Adira

by Aphit J.
October 18, 2025
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi bersuara lunak, Adira Suhaimi, memilih untuk kekal positif meskipun netizen sibuk ‘kenenkan’ dia kembali dengan rakan duet popularnya, Hafiz Suip.

‘Kenen’ Dengan Hafiz?

via Instagram Hafiz Suip

Bagi Adira, gosip seperti itu dah jadi makanan harian sejak bergelar artis. Malah, ibu kepada empat cahaya mata ini langsung tak ambil hati dan lebih memilih untuk fokus pada perkara yang lebih penting.

Saya dah biasa sangat dengan gurauan netizen.

Kalau mereka suka, saya okey saja.

Jelasnya lagi, hubungan profesional dengan Hafiz kekal utuh dan mereka selesa bekerjasama atas dasar hormat dan sejarah muzik bersama.

Bersatu Kembali Di Pentas – Di Sebalik Aku Hafiz Suip

via Instagram Hafiz Suip

Adira bakal tampil sebagai salah seorang artis jemputan dalam konsert solo Hafiz Suip bertajuk Di Sebalik Aku, yang akan berlangsung pada 1 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Mereka sebelum ini pernah mencipta fenomena menerusi lagu duet seperti Ombak Rindu, Takdir Tercipta, Lelakimu Yang Dulu dan Untuk Cinta menjadikan penampilan semula di pentas ini sebagai sesuatu yang cukup dinantikan.

Menurut Adira, persiapan kini sudah siap 50 peratus dan mereka sedang memilih lagu-lagu terbaik untuk dinyanyikan bersama.

Dah lama tak menyanyi dengan Hafiz, jadi saya teruja dan gembira dapat jadi sebahagian daripada momen comeback dia.

Sokongan Ikhlas Buat Sahabat Lama

via Instagram Adira Suhaimi

Bila ditanya kenapa bersetuju tanpa ragu-ragu, Adira menjawab dengan jujur semuanya kerana mahu menyokong kembalinya Hafiz ke pentas utama.

Jelas terpancar rasa hormat terhadap bakat dan perjalanan seni Hafiz.

Tambahnya, bila pihak pengurusan Hafiz menghubungi, dia terus setuju tanpa fikir panjang.

Adira melihat peluang ini sebagai satu penghormatan dan peluang untuk kembali menghiburkan peminat bersama rakan seperjuangannya itu.

[REVIEW] Antara Yang Menarik Saat Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip

Dengan beberapa artis jemputan lain turut terlibat, konsert Di Sebalik Aku dijangka jadi malam penuh nostalgia dan emosi, khususnya buat peminat setia Hafiz dan Adira.

adira suhaimihafiz suip
https://lomp.at/7biq5
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kemalangan Jalan Raya Dengan Ibu Bapa, Alami Kecederaan Di Kepala

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny berkongsi keadaan terkini selepas mengalami kemalangan jalanraya bersama ibubapanya, semalam. Kemalangan Jalan Raya Dengan Ibu Bapa Kongsi...

Read moreDetails
via Instagram @zarazya
Lokal

Zara Zya Dedah Wajah Netizen Beri Komen Biadab-“Kesian Pada Diri Kamu..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Zara Zya tampil mendedahkan wajah salah seorang netizen yang memberikan komen biadab terhadapnya di media sosial, baru-baru ini. Dedah...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @ezzaniejasny (IG)
Lokal

Ezzanie Mohon Maaf- “Saya Bukan Berlagak Tapi…”

by Nurul A.
January 19, 2026

Kenyataan permohonan maaf pelakon Ezzanie Jasny telah mencuri perhatian ramai. Menerusi hantarannya terbaru di platform Threads, pelakon itu memohon maaf...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore