Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)

Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)

72
KONGSIAN
Share on Facebook

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara isunya adalah, kekurangan jemaah ketika majlis berbuka puasa, kewujudan ‘kasta’ dalam pengurusan masjid sehingga layanan kasar terhadap jemaah masjid.

Melihatkan isu terbabit hangat diperbincangkan, pihak pengurusan Masjid At-Taqwa, yang diwakili oleh pengerusinya iaitu Dato’ Mohd Fadzli Yusof tampil menjelaskan perkara yang sebenar di platform Threads.

Foto – @masjidattaqwattdi (Threads)

Berdasarkan kenyataannya, Mohd Fadzli mendedahkan isu terbabit tular selepas seorang pengguna Threads (@fxrdaus.92) berkongsi beberapa gambar memaparkan suasana masjid yang lengang ketika majlis berbuka.

Foto – @fxrdaus.92 (Threads)

Mohd Fadzil menafikannya dan mendedahkan bahawa masjid akan mula dipenuhi dengan kehadiran pengunjung seawal jam 7 malam. Bukan itu sahaja, ada kalanya mereka perlu menempah makanan tambahan memandangkan jumlah kehadiran pengunjung sekitar 800 pengunjung hingga 1000 pengunjung.

“Hakikatnya, jemaah mula memenuhi masjid bermula jam 7.00 petang. Sepertimana Ramadan tahun lepas, bilangan jemaah yang datang berbuka puasa di masjid pada tahun ini juga adalah lingkungan 800-100 orang setiap hari.

Pihak masjid menyantuni semua jemaah yang hadir tanpa syarat. Ada ketikanya, pihak masjid menempah makanan tambahan bagi menampung jemaah yang hadir terlalu ramai di luar jangkaan.”

Untuk mengimarahkan masjid pula, pihak pengurusan telah menyediakan beberapa program dan mengalu-alukan kedatangan belia serta kanak-kanak.

“Begitu juga dengan pemerkasaan program pengajian ilmu agama. Pihak masjid telah menyediakan barisan asatizah bertaulian yang mencakupi pelbagai bidang pengajian ilmu agama. Pihak masjid mengambil berat mengenai kehadiran belia dan anak-anak ke masjid sebagai generasi pelapis yang mengimarahkan masjid.

Foto – @masjidattaqwattdi (Threads)

Walau bagaimanapun, apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi reaksi yang berbeza daripada apa yang MURAI bayangkan.

“Ia bukan tentang memboikot. Ia tentang acik-acik tegur dan sindir, bertindak seperti mereka memiliki tempat (masjid) itu. Bahagian muslimin okay.”

“Kenyataan yang baik, cumanya tidak menyentuh soal sikap segelintir AJK masjid yang didakwa biadap oleh postings yang viral di Threads. Sepatutnya disentuh sekali soal ni.”

Apa yang MURAI boleh simpulkan, ramai yang mengatakan mereka tidak memboikot masjid berkenaan tetapi sikap sesetengah ahli kariah yang dianggap telah menyindir dan bertindak kasar terhadap jemaah masjid yang hadir.

TTDI Kembali Berbau Durian! Durian King Buat Comeback

Apa pendapat kamu?

masjdi at-taqwa ttdimasjid ttditaman tun dr ismailttdi
https://lomp.at/yp1nu
Share29Tweet18SendShare

KINI TRENDING

Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Video - @tataygold (TikTok)
Viral

[VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

by Nurul A.
April 9, 2026

Di platform TikTok dan Threads, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang sedang menikmati pencuci mulut popular, Dubai Chewy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara