Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Netizen Terhibur Lihat Cara PU Syed ‘Prank’ Scammer, Sampai Kena ‘Block’

Pendakwah bebas ini guna kertas resit bank dengan transaksi wang tulisan tangan, kenakan scammer semula

by Puteri Alia
April 17, 2022
Foto - Instagram @pusyed_official

Foto - Instagram @pusyed_official

Share on Facebook

Scammer semakin giat beroperasi mencari mangsa seterusnya untuk kesenangan diri dengan cara pintas, kali ini giliran pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri menjadi sasaran scammer.

Pendakwah ‘Prank’ Scammer Guna Resit Bank

PU Syed memuatnaik tangkap layar mesej perbualannya bersama scammer, pendakwah bebas yang mendapat mesej dari nombor yang tidak dikenali menyangkakan nombor yang tertera pada mesej tersebut adalah rakannya berdasarkan gambar profil yang terpampang di WhatsApp.

Namun setelah berinteraksi dan berbual di dalam mesej tersebut, membuatkan pendakwah ini pasti individu tersebut bukan rakannya tetapi scammer.

Untuk mengenakan semula scammer tersebut, PU Syed guna cara paling ringkas dengan menghantar foto resit bank dengan tulisan tangan sebagai bukti sudah membuat transaksi wang ke dalam akaun scammer tersebut.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Ya pres. Tukaq nombor ka.” – Tanya PU Syed

“Ya Syed. Sibuk tak?” – Jawab scammer

“Awat.” Tanya PU Syed

“Ada nak minta tolong dekat hang ni.” Jawab scammer

“Apa tu. Boleh saja ustaz. Ambe di luar ni.” Jawab PU Syed

“Urgent sangat.” Jawab scammer

“Boleh.” Jawab PU Syed

“600520020101019 ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL. ALLIANCE BANK.” Mesej scammer

“Ok ustaz.” Jawab PU Syed

“In sha Allah malam ni bayar balik Syed.” Mesej scammer

“Ni akaun siapa ni ustaz.” Tanya PU Syed

“Maaf menyusahkan Syed.” Mesej scammer

“Ustaz Abdul Rahman tu ke.” Tanya PU Syed

“Ya, hari tu ada guna duit dia. Tolong ya Syed.” Mesej scammer

“Baik-baik nanti kirim salam dekat dia ustaz ya. Sekejap.. Ambe parking kereta kejap.. Tengah memandu..” Jawab PU Syed

“In sha allah Syed. Allahu Syed. Maaf menyusahkan” Mesej scammer

“Kejap ustaz.” Jawab PU Syed

“Ya Syed.” Mesej scammer

“Ramai lah pula orang di bank ni.. Bagi masa kejap ya. Maybank silibin. Ok comfirm ya.” Mesej PU Syed

“Ya syed.” Mesej scammer

“Kejap.. Seorang lagi depan ambe ni.” Jawab PU Syed

“Baik Syed. Terima kasih sangat-sangat Syed.” Mesej scammer

“Tak ada masalah ustaz.. Kali ni ambe tolong. (Gambar resit tulisan tangan)” Mesej PU Syed.

Minta Orang Ramai Simpan Nombor Scammer

Setelah memuatnaik tangkap layar perbualan mesej tersebut, pendakwah ini berpesan kepada orang ramai agar menyimpan nombor telefon scammer yang terdapat pada mesej perbualan tersebut untuk mengelakkan dari menjadi mangsa sindiket wang seterusnya.

[VIDEO] "Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!" – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed
Foto – Instagram @pusyed_official

“Haha.. Mu agak-agaklah nak tipu pun..

Scammer ni..

Ingat nombor ni ya!!

Simpan siap-siap!!

Biasanya depa akan guna banyak kali nombor ini untuk tipu orang lain pula!!

Mu nak kencing orang lain boleh…. Dengan ambe boleh pekdoh… Lah..” Luah PU Syed

Netizen Terhibur Lihat PU Syed Scam Semula Scammer

Melihat perkongsian pendakwah terkenal ini, membuatkan orang ramai terhibur dengan cara PU Syed mengenakan semula scammer tersebut.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Baru dia tahu.’

“Silap-silap dia tengok post ni.”

“Haha berat 66 sungguh.”

“Hahahaha.”

“Hihihihi… Baru dia tahu kita lagi bijak.”

“Apa dia balas tu ustaz bila dah bagi resit tu?” Komen warganet

Melihat ada yang bertanya apa yang berlaku setelah pendakwah ini menghantar gambar resit tersebut, PU Syed mengatakan scammer tersebut block nombor telefonnya.

“@sitinorazurarosli dia bloack terus.” Jawab PU Syed

Kan dah kena, silap orang dia nak tipu. Orang ramai harus berhati-hati apabila dapat mesej dari nombor yang tidak dikenali dan jangan sewenang-wenangnya percaya dengan mesej yang dihantar, selidik dahulu.

PU Syedscammer
https://lomp.at/s6wlc
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat anak kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Eidrees yang sedang berbual bersama salah...

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Video -@syedsaddiq (IG/ Threads)
Lokal

“Tu Hantaran Ke Hiasan”- Netizen Makin ‘Excited’, Video Raya Syed Saddiq Jadi ‘Clue’

by Nurul A.
March 24, 2026

Nampaknya perkongsian video Raya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara