Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Niat Mahu Adakan Baby Shower Tetapi Zuriat Belum Ada Lagi, Janna Nick Sudah Lama Idam Jadi Ibu

by Puteri Alia
June 11, 2024
Share on Facebook

Dalam suasana yang penuh kemeriahan, pelakon Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann, baru-baru ini mengadakan majlis resepsi kedua sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel mewah di Putrajaya itu, bukan sekadar perayaan ulang tahun, tetapi juga simbolik harapan dan doa pasangan ini untuk dikurniakan cahaya mata.

Janna Nick mendedahkan bahawa majlis resepsi kedua ini pada asalnya dirancang untuk tahun lalu. Segala persiapan termasuk tempahan dewan dan busana perkahwinan telah dibuat.

Namun, pasangan ini memutuskan untuk menangguhkan majlis tersebut kerana merasakan tiada keperluan untuk mengadakan satu lagi majlis selepas pernikahan mereka di Pulau Langkawi, Kedah.

“Memandangkan segala tempahan sudah dibayar dan wang pendahuluan tidak boleh dikembalikan, mahu atau tidak saya kena buat satu lagi majlis di sini. Jadi kami harap dengan adanya majlis resepsi kedua ini ramai yang dapat mendoakan kehadiran bayi dalam perut saya,” ujar Janna dengan penuh harapan.

Janna, yang telah mencapai banyak kejayaan dalam karier seni dan kehidupannya, kini hanya menantikan satu impian lagi – menjadi seorang ibu.

“Saya memang nak timang anak secepat mungkin kerana saya sudah mencapai segala yang diinginkan dalam karier seni dan kehidupan saya. Tiada apa lagi yang saya nak kejar selain menjadi seorang ibu,” katanya.

Dini Schatzmann, sebagai suami yang penyayang dan penyokong setia, selalu mengingatkan Janna supaya tidak putus harapan.

“Alhamdulillah ramai yang mengaminkan doa kami apabila menyebut mengenai nak timang anak. Memang itu adalah salah satu keinginan kami sekarang. Tapi dalam waktu sama kami selalu mengingatkan satu sama lain supaya jangan putus harapan dan teruskan berdoa serta perlu percaya kepada perancangan Allah SWT kepada hamba-Nya,” kata Dini.

Dini juga berharap bahawa dengan kehadiran ratusan tetamu pada majlis resepsi ini, doa mereka untuk dikurniakan cahaya mata akan dimakbulkan.

[VIDEO] Janna Nick 'House Hunting' Di London, Netizen Kongsi Pendapat!

“Siapa tahu dalam ratusan tetamu yang hadir pada majlis resepsi kedua ini ada doa yang diangkat dan kami dikurniakan cahaya mata,” tambahnya.

Dini Schatzmannjanna nick
https://lomp.at/0mmvw
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
Lokal

Raja Atiq Kesal Ada Syarikat Terkenal Masih ‘Delay Payment’-“Macam Ni Ke Artis Lain Kena?..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Raja Atiq meluahkan rasa kesal terhadap salah satu syarikat  terkenal di Malaysia yang didakwa bersikap melengah-lengahkan untuk menjelaskan bayaran...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore