Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

NOKIA Lantik Macpie Distribution Jadi Pengedar Sah Yang Baharu Di Malaysia

by Phic ARMAN
June 19, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Macpie Berhad, menerusi anak syarikatnya Macpie Distribution Sdn Bhd telah mengumumkan pelantikannya sebagai rakan pengedar sah yang baharu di Malaysia untuk syarikat HMD Global, bermula 18 Jun 2020.

Macpie Distribution Sdn Bhd sebagai pengedar sah baharu untuk HMD Mobile Malaysia Sdn Bhd, (anak syarikat HMD Global Oy) akan mengedarkan telefon pintar & telefon bimbit Nokia di Malaysia melalui rakan saluran dan rakan korporatnya.

Macpie Distribution Sdn Bhd diketuai oleh Pengarah Eksekutif, Sean Ng yang mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam perniagaan industri teknologi mudah alih. Beliau memiliki pengetahuan yang mendalam menerusi industri ini dengan rangkaian rakan niaga dan pemain industri yang luas.

Pada tahun 2012, beliau membangunkan telefon pintar berjenama terkenal di Malaysia dengan pengasas bersamanya yang lain dan ia mendapat perhatian dengan cepat, membangun di pasaran dan berjaya mengukuhkan kedudukannya di rantau ASEAN.

Hanya dalam dua tahun, jenama ini telah berkembang ke Indonesia dan terus mengembangkan sayapnya ke pasaran ASEAN yang lain. Beliau amat percaya dengan pendekatan pengambilan secara langsung bagi strategi perniagaan dan pemasaran terkemuka, pengurusan jenama, pengurusan logistik & rantaian bekalan pelbagai negara, strategi operasi dan analisis perniagaan data besar.

Menurut Pengarah Eksekutif Macpie Distribution Sdn Bhd, Sean Ng, mereka yakin dapat bekerjasama dengan HMD Global untuk meneruskan pengembangan telefon mudah alih Nokia di Malaysia. Macpie Berhad komited untuk menyokong pertumbuhan baharu telefon mudah alih Nokia di pasaran Malaysia dan akan berusaha untuk memastikan ia dapat memberi manfaat kepada pengguna dari semua lapisan masyarakat.

Tambahnya lagi, kebanyakan telefon pintar Nokia juga diperakui sebagai peranti yang disyorkan oleh Android Enterprise dan menjadi pilihan syarikat besar dan perusahaan
kecil dan sederhana (PKS) yang mencari peranti berprestasi cemerlang, selamat dan terkini untuk pekerja mereka.

https://lomp.at/cjovp
Share9Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
Tips

2 Minggu Sebelum Hari Raya, Sempat Lagi Nak Kurus Kalau Kamu Lakukan Ini!

by Nurul A.
March 6, 2026

Cuba bayangkan kamu belum lagi dapat bentuk badan ideal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri? Mimpi ngeri sangat kerana terpaksalah kamu...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
Budaya

Mustafa Jewellery Bawa 20 Pempengaruh ‘Take Over’ Jonker Street Melaka

by Phic ARMAN
April 15, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, suasana di Melaka bertukar lebih meriah apabila Mustafa Jewellery mempersembahkan perarakan budaya bertajuk “Kilauan Raya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  4. 4

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara