• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Terkilan Pasal Belum Bertudung, Nourul Jawab Dakwaan Mahu Berhijrah Dan Tukar Kerakyatan

by Soph Azz
June 2, 2021
Foto - Kosmo

Foto - Kosmo

Share on Facebook

Tak dinafikan ramai pihak terutamanya peminat terkejut dengan berita drastik yang dikongsi oleh penyanyi, Nourul Wahab Depp.

Berkongsi di laman Instagramnya pada bulan lepas, pelbagai spekulasi timbul dan ianya berkait rapat dengan beberapa pihak termasuklah industri hiburan.

Isu Berhijrah Dan Tukar Kerakyatan?

Dipetik daripada Berita Harian, Nourul tidak mahu berkongsi lokasi penghijrahannya dan proses mengemas untuk berpindah sudah mencapai 70%.

Foto: Tangkap Layar Dari IG Nourul

Bercakap mengenai penyebab kepada isu ini, Nourul mengaku sememangnya terasa hati dengan beberapa pihak suatu ketika dahulu. Tetapi isu penghijrahan ini telah disuarakan oleh suaminya, Eric Depp.

Pada masa yang sama, Nourul juga mengatakan penghijrahannya ini bukan bermakna dia akan  menukar kerakyatan tetapi ianya hanya untuk mencari pengalaman baru. Nourul akui dia pernah terkilan dengan sikap netizen.

Foto – MYKMU.NET

“Saya tidak terfikir sampai tahap mahu menukar kerakyatan. Malaysia tetap di hati. Saya anak Malaysia, saudara mara juga ramai di sini.

“Saya berhijrah kerana mahu mencari pengalaman. Walaupun ada ketikanya saya terkilan dengan sikap netizen yang tidak henti mengecam hanya kerana saya belum bertudung, namun itu semua belum mampu membuatkan saya membawa diri untuk meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya,” katanya.

Tidak mahu timbul sebarang spekulasi baru, Nourul juga berkata hasrat untuk berhijrah ini sudah lama difikirkan sebelum berkahwin dengan suaminya, Eric Depp.

'Buang' Uterus & Ovari, Nourul Depp Dedah Diuji Kanser Tahap 1
eric deppnourul wahab deppenyanyi nourul
https://lomp.at/uxsbv
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  3. 3

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore