Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kelirukan Pihak Berkuasa, Nur Sajat Kini Dikenali Sebagai Bella!

Sajat kini menggunakan nama samaran terbaharu

by Khai Azfar
September 21, 2021
86
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, usahawan sensasi Nur Sajat atau nama sebenarnya , Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, kini menjadi orang dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sajat Kini Dikenali Sebagai Bella 

Pada Isnin, portal akhbar Harian Metro melaporkan pelbagai taktik yang telah digunakan oleh Sajad bagi cuba meloloskan dirinya ke Bangkok, Thailand. Selain mengenakan purdah di sempadan negara, Sajad juga menaiki gerabak keretapi barang sebelum dijemput oleh seorang lelaki di sana. Pendedahan itu dibuat olehnya selepas ditahan dan disiasat oleh pihak Imigresen Thailand.

Terbaru, sumber yang sama mendakwa Sajat kini menggunakan nama samaran terbaharu yang kini dikenali sebagai Bella. Difahamkan, nama tersebut turut terkenal di kalangan rakan-rakannya yang berperwatakan sama seperti Sajat.

“Dia naik ‘tocang’ juga sebab dibantu negara tertentu dan pihak UNHCR di Thailand. Biarpun dalam proses pemantauan pihak imigresen negara itu yang mana dia perlu melaporkan diri setiap 14 hari, tetapi Nur Sajat dilaporkan aktif beraktiviti di negara itu selepas dibebaskan dari tahanan.

“Kebanyakan aktiviti dilakukannya di dalam kondominium mewah itu. Sesekali kita dapat laporan Nur Sajat keluar bersama rakan-rakan yang membantu dan melindunginya,” kata sumber kepada portal tersebut

Pembantu Sajat Kelirukan Pihak Berkuasa 

Mengenai hantarannya sebelum ini kononnya berada di Johor Bahru seperti yang dilaporkan Murai.my,  sumber turut menyatakan Sajat menggunakan khidmat pembantunya di Malaysia untuk mengelirukan pihak berkuasa yang memburunya selepas gagal hadir ke mahkamah di Shah Alam, Selangor.

“Dia gunakan pembantu untuk muat naik statusnya di Instagram konon ada di Danga Bay, Johor pada 28 Ogos lalu.

“Dia sangat licik, perkongsiannya itu kemudian dipetik portal media. Kita percaya itu hanya tindakannya untuk mencabar pihak berkuasa negara ini kerana kita sudah dapat maklumat dia lolos ke Thailand pada awal Mac lalu,” katanya lagi

Untuk rekod, tumpuan diberikan terhadap berita penangkapan Sajat di Thailand pada 8 September lalu. Bagaimanapun, dia dibebaskan pada 10 September dengan  jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan dikenali sebagai Misha.

Topik Berkaitan [VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- "Datang Support Pun Dah Cukup Happy"

Pelantun Makhluk Penggoda itu juga dikatakan mempunyai pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok. Susulan itu, Sajat memohon untuk berpindah ke Australia dengan alasan diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nur sajatSajat Bella
Share34Tweet22SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara