• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Nurul Izzah Kenang Kehilangan Anaknya, Ahli Politik & Netizen Titip Ucapan- “InsyaAllah Ada Rezeki Nanti”

by Phic ARMAN
January 25, 2023
Share on Facebook

Ahli politik, Nurul Izzah Anwar mengalami keguguran baru-baru ini. Dalam posting Instagram, Nurul Izzah berkata dia sedih dengan kehilangan anaknya itu

Nurul Izzah menyiarkan gambar  di mana dia ditenangkan  oleh ibu bapanya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tambah Nurul Izzah, pelbagai cabaran terpaksa diharungi keluarga bersama-sama, daripada berkempen semasa pilihan raya umum sehinggalah dijangkiti Covid-19 buat kali kedua. Mereka juga terpaksa menguruskan tugas baharu mereka semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Putrajaya.

“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama – selesai berkempen, sempat pula menjangkiti covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya – dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone “- tulisnya.

Nurul Izzah menambah, dia percaya terdapat wanita-wanita yang pernah menempuh pengalaman yang sama namun dia redha dan menganggap ia sebuah memori dan pengalaman.

“Syukur Alhamdulillah – saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individu nya berbeza. Ungkapan mensyukuri nikmat – kata-kata indah untuk Yang Maha Esa – yang kita ucap kan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.”- tulisnya lagi.

Luahan hati Nurul Izzah ini disusuli dengan ucapan takziah dari ramai ahli politik di Malaysia seperti Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, Steven Sim dan ramai lagi.

Ogos lalu, Nurul Izzah mengikat tali pertunangan dengan rakan penyelidikan kanan Yin Shao Loong, dari Institut Penyelidikan Khazanah.

Izzah mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu, Raja Safiyah dan Raja Harith, manakala Yin mempunyai seorang anak lelaki, Yu Zhou, hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Nurul Izzah AnwarYin Shao Loong
https://lomp.at/chfsa
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

by Phic ARMAN
August 1, 2025

Bila bercakap pasal kerabat diraja, selalunya yang kita nampak sekarang adalah sisi moden, elegan dan penuh protokol. Tapi baru-baru ini,...

Read moreDetails
Personaliti

Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

by Phic ARMAN
March 7, 2023

Baru-baru ini di laman TikTok, MURAI MY tertarik melihat video yang dimuatnaik oleh Dato’ Mohd Nazifuddin Najib atau lebih mesra...

Read moreDetails
Personaliti

Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

by Phic ARMAN
December 15, 2020

Lama juga kita tak dengar perkembangan Jejaka yang pernah digilai ramai gadis pada suatu ketika dahulu. Alexander Charles Yoong Loong ...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Kemesraan Datuk Hishammuddin & Isteri Tengku Marsila Curi Perhatian, Netizen- ‘Alhamdulillah, Manisnya Bertudung’

by Phic ARMAN
June 5, 2024

Kemesraan yang ditunjukkan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Datuk Hussein bersama isterinya, YM Tengku Dato Sri Marsilla Tengku Abdullah...

Read moreDetails
Personaliti

Sudah Lama Pendam Hasrat, Syed Saddiq Buka Restoran Di Mont Kiara

by Khai Azfar
December 15, 2020

Menerusi hantaran di laman Twitter nya, Ahli Parlimen Muar Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi khabar gembira buat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore