Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Nurul Izzah Kenang Kehilangan Anaknya, Ahli Politik & Netizen Titip Ucapan- “InsyaAllah Ada Rezeki Nanti”

by Phic ARMAN
January 25, 2023
Share on Facebook

Ahli politik, Nurul Izzah Anwar mengalami keguguran baru-baru ini. Dalam posting Instagram, Nurul Izzah berkata dia sedih dengan kehilangan anaknya itu

Nurul Izzah menyiarkan gambar  di mana dia ditenangkan  oleh ibu bapanya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tambah Nurul Izzah, pelbagai cabaran terpaksa diharungi keluarga bersama-sama, daripada berkempen semasa pilihan raya umum sehinggalah dijangkiti Covid-19 buat kali kedua. Mereka juga terpaksa menguruskan tugas baharu mereka semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Putrajaya.

“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama – selesai berkempen, sempat pula menjangkiti covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya – dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone “- tulisnya.

Nurul Izzah menambah, dia percaya terdapat wanita-wanita yang pernah menempuh pengalaman yang sama namun dia redha dan menganggap ia sebuah memori dan pengalaman.

“Syukur Alhamdulillah – saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individu nya berbeza. Ungkapan mensyukuri nikmat – kata-kata indah untuk Yang Maha Esa – yang kita ucap kan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.”- tulisnya lagi.

Luahan hati Nurul Izzah ini disusuli dengan ucapan takziah dari ramai ahli politik di Malaysia seperti Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, Steven Sim dan ramai lagi.

Ogos lalu, Nurul Izzah mengikat tali pertunangan dengan rakan penyelidikan kanan Yin Shao Loong, dari Institut Penyelidikan Khazanah.

Izzah mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan terdahulu, Raja Safiyah dan Raja Harith, manakala Yin mempunyai seorang anak lelaki, Yu Zhou, hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Error happened.
Nurul Izzah AnwarYin Shao Loong
https://lomp.at/chfsa
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara