Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nurulhidayah Titip Pesanan Selepas Disangka Anak Kepada Dato Onn Hafiz

Kononnya dari  hantaran media sosial milik Sultan Johor.

by Naddy Joe
March 25, 2022
Share on Facebook

Aktivis, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid meluahkan rasa kecewa terhadap seorang warganet di media sosial yang memberikan maklumat palsu mengenai bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor baru-baru ini.

 Dakwa Lihat Zahid Dilantik Sebagai MB Johor

Menerusi Insta Stories, Nurulhidayah berkongsi tangkap layar Direct Message (DM) daripada seorang warganet yang memberitahu melihat bapanya telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor kononnya dari  hantaran media sosial milik Sultan Johor.

“Saya ikuti cerita Puan Nurul serba sedikit. Namun tidak selalu. Dan apabila saya lihat di page Sultan Johor, ayah Puan Nurul dilantik sebagai Menteri besar Johor”- tulis netizen tersebut

Netizen Salah Sangka

Anak kepada Presiden UMNO ini kemudian membalas DM tersebut dengan menyatakan bahawa netizen tersebut telah salah sangka dan berseloroh Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz yang masih muda tidak mungkin sebaya dengan bapanya.

“Waalaikumussalam, saya rasa puan salah maklumat ni. Dato Onn Hafiz bukan ayah saya. Mana mungkin ayah saya sebaya dengan saya”-Balas Nurulhidayah

Dedah Tujuan Kongsi DM Netizen 

Jelasnya, dia enggan mendedahkan identiti warganet yang telah menghantar DM padanya. Malah, tujuan dia berkongsi di Insta Stories untuk memberi pengajaran kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang sahih sebelum mahu menyampaikan sesuatu.

“Saya tak dedahkan siapa pun yang DM. Tujuan saya share agar dapatkan maklumat yang sahih sebelum kita hendak sampaikan sesuatu. Kadang-kadang kita suka ambik dan petik dari sesuatu yang tak sahih”-Jelas Nurulhidayah

Di akhirnya hantarannya itu, Nurulhidayah akui tidak berasa marah namun kecewa dengan sesetengah pihak yang gemar mempercayai sesuatu perkara yang tidak sahih.

dato onn hafizDato' Seri Ahmad Zahid Hamidinurulhidayah zahid hamidi
https://lomp.at/l8j1e
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara