Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Obses Tayang Badan, Zoey Rahman Akui Bukan Sengaja

by Khai Azfar
October 23, 2017
Share on Facebook

Sudah lama rasanya tidak mendengar khabar mengenai pelakon kacak Mohd Hairey Azhar bin Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Zoey Rahman. Suatu ketika dahulu, wajahnya sering kali menghiasi slot kanak-kanak yang lebih sinonim dengan gerak-geri gasing.

Sibuk Menguruskan Perniagaan

Menerusi temu bual murai.my bersama Zoey, khabarnya kini sedang sibuk menguruskan perniagaan produk kecantikan dan penjagaan diri beliau, Mika Series. Menurut Zoey, beliau bukanlah ‘tidak laku’ seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Malah selain menumpukan perhatian dalam perniagaannya, Zoey juga sedang sibuk terikat dengan beberapa penggambaran drama tanah air.

“Alhamdulillah, perniagaan saya kini sudah semakin berkembang dengan memperkenalkan beberapa produk terbaru Mika Series yang kini sudah dua tahun di pasaran. Saya bukannya tidak berlakon sebaliknya sememangnya sibuk dan terikat dengan beberapa penggambaran drama yang akan ditayangkan tidak lama lagi”

Tunjuk Badan Bukan Untuk Show Off

Dalam perkembangan lain, Zoey turut menolak dakwaan bahawa beliau sengaja menunjukkan aktiviti kecergasan dan bentuk badannya yang sasa di media sosial. Tambah Zoey, kadang-kala gambar yang dimuat naik di Instagram nya adalah kerana turut terikat dengan tanggungjawabnya sebagai duta yang ditaja oleh sebuah pusat kecergasan terkenal di ibu negara.

Menurut Zoey, gambar tersebut bukanlah sengaja untuk menunjuk-nunjuk malah cuba memberi inspirasi kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan penampilan diri. Zoey yang kini berumur 32 tahun turut berkongsi petua dan tips nya untuk kelihatan sentiasa muda dan bertenaga.

“Walaupun sibuk dengan penggambaran, kesihatan diri menjadi keutamaan saya.Sebagai contoh saya akan tetap mencuri masa untuk pergi ke gym supaya bertenaga sepanjanga hari.Selain itu, saya juga akan pastikan tidur saya mencukupi, berjogging dan tidak ketinggalan, memakai produk saya sendiri iaitu Mika Series”

Bakal Muncul Dalam Mat Rukun

Zoey ketika ditanya mengenai perkembangan terbarunya pula, beliau bakal muncul sebagai Mamat di dalam drama Mat Rukun yang akan mula menemui penonton bermula 25 Oktober inu. Selain itu, Zoey juga terlibat secara langsung dalam sebuah iklan jenama Toyota berdurasi 1 minit yang akan mula ditayangkan di pelbagai media sosial tidak lama lagi.

Zoey Terkedu Sepupu Maut Bas UPSI-"Mahu Sambung Belajar Luar Negara, Rupanya Ke Negeri Abadi"
mat rukunmika serieszoey rahman
https://lomp.at/fg4g9
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

via Tiktok @sunsanbake
LifeXplore

Outdoor Cinema di KL: Ini Sebab SunSan Bake Jadi Spot Movie Night Paling Estetik

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Menonton filem bukan lagi terhad di dalam pawagam tertutup. Di SunSan Bake, pengalaman menonton dibawa ke tahap yang lebih istimewa...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Penjaja Jual Maggi Depan Sekolah Rendah Undang Kemarahan Ibu Bapa

by Naja Nix
January 15, 2026

Satu hantaran di Thread mencetuskan perdebatan hangat apabila seorang pengguna berkongsi kebimbangannya melihat beberapa cawan mi segera dijual secara terbuka...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

Macam Set Filem Hollywood! Secret Garden Putrajaya, Spot Rahsia Viral Wajib Kunjungi

by Farah Fatihah
January 24, 2026

Tak sangka kan, dekat Presint 1 Putrajaya, ada satu taman malam yang nampak macam set penggambaran filem Hollywood. Tapi yang...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Lokal

Amar Baharin Kongsi Keadaan Amyra Rosli

by Naddy Joe
January 27, 2026

Aktor, Amar Baharin menitipkan doa buat isterinya yang juga pelakon, Amyra Rosli yang telah selamat menjalani pembedahan pada Isnin. Jalani...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore