Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai ‘jangan cari pasal dengan orang berduit’ yang ditulisnya di Instagram.

“Plus jangan main gila dengan orang ada duit. Jangan cari pasal dengan orang berduit.”-tulis Ojenn di Instagram

Tampil Mohon Maaf

Ojenn atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rusli menerusi hantaran di Insta Stories, tampil memohon maaf setelah menyedari ramai yang berang dengan kenyataannya itu. Jelas Ojenn, dia tujukan ayat tersebut kepada individu terlibat dalam keadaan emosi dan amarah.

“Ojenn tahu ada yang marah dengan statement ni. Sejujurnya Ojenn bukan tujukan ayat ini untuk public atau general, tapi khas buat saudara tersebut dalam keadaan emosi dan amarah. Ojenn minta maaf.

Dengan rendah hatinya, saya mohon maaf jika ada yang terasa dan marah pada kata-kata itu. Ketika saya marah saya post benda tu, tapi bila saya baca balik yes betul boleh mengundang fitnah. Saya tarik balik dan saya pun dah delete.”-tulis Ojenn di Instagram

View this post on Instagram

Tuju Pada Individu Yang Hentamnya Bertubi-Tubi

Mengakui kenyataannya telah disalahtafsirkan, Ojenn menjelaskan bahawa kenyataan ‘saya seorang warganegara’ turut ditujukan kepada individu yang bertubi-tubi menghentamnya dari segala sudut.

“Statement Ojenn telah disalahtafsirkan, saya seorang warganegara. Kalau baca betul-betul mustahil Ojenn nak attack public, dan jauh dari sifat Ojenn untuk berkata sedemikian.

Ayat itu Ojenn tujukan buat saudara tersebut yang bertubi-tubi menghentam Ojenn dari segala sudut. Siapa yang tak marah kan, brand yang dibina selama 5 tahun disentuh.

Siapa yang mengikuti Ojenn Aiwahhh memang jarang marah dan selalu menghargai dan meraikan kepelbagaian pendapat.

Ojenn Aiwahh sebelum ini memaklumkan di media sosial bahawa dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang jurulatih kecergasan yang dikenali sebagai Tareq Fit yang didakwa cuba menjejaskan perniagaannya, Kunafa Aiwahhh.

Ojenn Aiwahh Bersyukur Lihat Ibu Berjuang Lawan Kanser!-"Mama Baru Sedar Dari Operation.."
ojenn aiwahhh
https://lomp.at/k4jos
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

‘Allah Belum Bagi Rezeki Untuk Aisha Dapat Adik Baby..”-Fasha Sandha

by Naddy Joe
February 16, 2026

Perkongsian pelakon, Fasha Sandha mendapat reaksi netizen selepas seolah-olah memberikan bayangan mengenai dirinya yang masih belum diberi rezeki untuk menimang...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Berita

“Rindu Awak. InsyaAllah, Kita Akan Bertemu Lagi”- Suami Arwah Nadia Kesuma

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Khabar duka datang dari dunia hiburan tanah air. Pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta, arwah Nadia Kesuma, telah meninggal dunia...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ifa Raziah Beri Kejutan Ziarah Pembantu Rumah Di Indonesia, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon dan usahawan, Datuk Ifa Raziah mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momennya menziarah pembantu rumah kesayangannya, Linda di Indonesia,...

Read moreDetails
Foto - @aishahazman8 (IG)
Lokal

Titip Semangat Buat Kamal, Aishah Tegur Sikap ‘Bitter’ Netizen- “Busuk Hati, Sebarkan Doa Bukan Fitnah”

by Nurul A.
January 14, 2026

Tak salah rasanya kalau beri kata-kata semangat kepada rakan kan? Pelakon Aishah Azman mencuri perhatian ramai selepas berkongsi beberapa hantaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore