Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes Bajet

Orang Muda Kena Pandai Urus Kewangan? Apa Tipsnya?

by Rory Kim
December 8, 2022
Share on Facebook

Bagi anak muda yang mula menginjak usia 21 tahun ke atas, inilah masanya untuk anda belajar membuat keputusan sendiri dan menguruskan kewangan. Mungkin ada yang akan berkata, “Chill dulu. Masih muda.” Betul, tetapi anda perlu tahu di mana had anda.

Anda masih muda dan mempunyai masa dan peluang untuk melakukan yang terbaik. Jom lihat dan fahami tips kewangan ini supaya anda berjaya mencapai matlamat kewangan yang anda idamkan.

1)Buat Side Income

Pertama sekali, anda perlulah membuat side income atau pendapatan sampingan walaupun anda sudah mempunyai pekerjaan yang stabil. Side income adalah satu pendapatan sampingan untuk membantu penambahan income tetap bulanan anda.  Kadang-kadang side income ini adalah aktif income, kena jual baru ada untung, tiada jual tiadalah untung.

2) Dapat Gaji “Simpan Dulu Belanja Kemudian”

Kedua, selepas dapat gaji bulanan atau harian, anda disarankan untuk menyimpan terlebih dahulu sejumlah wang sebelum anda berbelanja. Ini bagi mengelak daripada anda boros dalam berbelanja dari segi apa jua perbelanjaan.

3) Tabung Kecemasan 3 Bulan Gaji

Yang ketiga ialah tabung kecemasan. Tabung kecemasan ialah wang simpanan untuk kegunaan di saat-saat genting atau secara mengejut. jumlah bagi tabung ini sekurang-kuranya 3 bulan gaji. Penggunaan tabung kecemasan ini boleh berlaku bila-bula masa sahaja kerana anda tidak akan dapat mengetahui apa yang bakal anda hadapi untuk masa akan datang. Jadi, tabung kecemasan ini sangat membantu pada saat dan waktunya.

4) Jangan Amalkan Gaya Hidup Yang Mewah

Keempat, anda perlu elakkan diri daripada mengamalkan gaya hidup mewah. ini kerana, gaya hidup ini akan membuat anda semua akan berbelanja dengan boros dan secara tidak langsung anda akan menghabiskan duit untuk sesuatu yang tidak penting buat diri anda.

[VIDEO] Aksi Spontan Si Kecil Ini Berdoa Di Batu Air Selangor Undang Tawa- "Rumah Adik Takde Air Ke? "

5) Elak “Personal Loan” Untuk Kahwin, Melancong dan Enjoy

Yang terakhir yang anda perlu elakkan ialah membuat personal loan untuk kahwin, melancong dan enjoy. Personal loan adalah pembiayaan untuk di mana tujuan penggunaan wang pinjaman tidak perlu didedahkan kepada pihak peminjam semasa permohonan.

Dana daripada pinjaman peribadi boleh diguna untuk pelbagai tujuan seperti melancong, membayar perbelanjaan isi-rumah, membayar balik hutang, perbelanjaan semasa perayaan dan sebagainya. Kebanyakan pakej pinjaman peribadi yang di tawarkan di Malaysia biasanya tanpa cagaran dan tidak perlu penjamin

Jadi anda rasa anda boleh lakukan tak tips-tips yang diberikan diatas?

tiktokTip kewangan
https://lomp.at/i1qeu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore