Thursday, August 7, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Otai Masih Berbisa! 10 Pelakon Veteran Ini Buat ‘Comeback’

by Khai Azfar
September 10, 2017
888
KONGSIAN
Share on Facebook

Suatu masa dahulu nama – nama ini pernah mewarnai drama dan filem negara dimana lakonan mereka pasti memberikan kesan kepada peminat.

Ada yang suka dan ada yang membenci dek kerana watak yang dipegang cukup sinonim dengan mereka. Selepas ramai pelapis pelakon muncul dan dengan adanya pelbagai rancangan realiti TV, nama – nama ini tenggelam seketika. Malah ada yang berehat, sakit dan kini pada tahun 2017 mereka kembali mewarnai industri hiburan tanah air

1. Wan Maimunah

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Wan Maimunah. Lakonan airmata nya cukup memberikan kesan. Boleh dikatakan penonton turut mengalirkan air mata kerana lakokannya. Sebelum ini, Wan Maimunah dikhabarkan terlantar sakit dan perkembangan terbaru, beliau kembali berlakon dan yang terkini adalah drama di Tv3 pada Aidiladha yan lalu.

2. Rosnah Mat Aris

Sering kali melakonkan watak ibu yang garang atau ibu tiri, nama Rosnah Aris sentiasa menjadi pilihan jika ditanya siapakah pelakon yang sesuai memegang watak seumpama ini.

Suatu ketika dahulu, nama Rosnah senyap seketika gara – gara digam oleh sebuah stesen televisyen tempat. Kini Rosnah kembali berlakon dengan penampilan beliau terbaru yang dilihat sudah memakai tudung.

3. Azizah Mahzan

Pelakon yang serba boleh! Sebut sahaja watak ibu penyayang, garang, sakit mahupun diva semuanya Azizah Mahzan lakonkan dengan baik.

Boleh dikatakan Azizah Mahzan antara pelakon senior yang sentiasa mendapat perhatian ramai kerana mutu lakonannya yang cukup memberikan impak

4. Normah Damanhuri

Tahukah anda, Normah Damanhuri adalah adik beradik kepada Arifah Damanhuri?

Malah anak – anak Normah, Liana Rosli dan Ahya Rosli turut menjejak langkah ibunya ke dalam industri hiburan. Lakonan Normah sebagai Wan Peah cukup memberi kesan!

5.Norlia Ghani

Ibu kepada pelakon dan pengarah Rusdi Ramli ini cukup terkenal dengan lakonan airmata nya.

Jika anda perasan, pelakon yang mesra dipanggil Mama Norlia kini hanya berlakon pada musim tertentu terutamanya musim perayaan. Ketika itu jangan lupa sediakan tisu kerana anda pasti akan mengalirkan air mata dengan lakonannya. Welcome back Mama Norlia!

6. Delimawati 

Nama Kak Limah seakan lebih sinonim dengan pelakon Delimawati. Jika dahulu beliau terkenal menerusi filem Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel kini beliau lebih dikenali menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Comeback yang cukup meninggalkan kesan kepada penonton

7. Fauziah Nawi 

Pelakon yang lebih mesra dipanggil ibu ini kini aktif di belakang tabir. Masihkah anda ingat dengan lakonannya menerusi Pondok Buruk? Tidak salah jika kami katakan drama tersebut merupakan antara drama terbaik lakonan beliau

8.  Mak Jah 

Nama Mak Jah terus menjadi identiti buat pelakon Maimunah Ahmad. Seringkali diberi watak ‘Mak Jah’ atau pembantu rumah siapa sangka itu adalah tuah buat beliau.

Sebelum menceburi bidang lakonan, Mak Jah adalah jurusolek di salah sebuah stesen televisyen dan sering mejadi pelakon tambahan jika ada pelakon yang tidak datang. Berbakat besar rupanya Mak Jah.

9. Liza Abdullah 

Masih ingat dengan lagu Samarinda? Inilah penyanyi asalnya yang kini aktif berlakon di kaca televisyen anda.

Malah pelakon filem Ali Setan ini berjaya menjiwai wataknya yang pelbagai. Tidak hairanlah beliau pernah tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin pada 2013.

10. Mak Cik Petir 

Pelbagai gelaran telah diberikan kepada pelakon Norhayati Taib seperti Makcik Petir, Aunty Mary, Makcik Isabela gara – gara watak yang dilakonkannya memberi kesan kepada para peminat.

Walaupun bergelar pelakon pada usia emas, nama makcik petir ini seolah -olah telah sebati dalam penggunaan bahasa seharian yang merujuk kepada individu yang mempunyai suara yang lantang. Tahniah Norhayati!

azizah mahzandelimawatifauziah nawihantu kak limah balik rumahliza abdullahmak jahmakcik peternorlia ghaniNormah Damanhurirosnah mat ariswan maimunah
https://lomp.at/mwviq
Share355Tweet222SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  3. 3

    10 Makanan Yang Diharamkan Masuk ke UK

  4. 4

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  5. 5

    Rakan Artis Bersuara Insiden Bella Astillah & Sophia Albarakbah Di AMT?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem