Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Otai Masih Berbisa! Datuk Jamal Abdillah Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan Diusia 63 Tahun

by Puteri Alia
April 14, 2023
Share on Facebook

Raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, bersyukur apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan jam am 2 petang hari ini.

Menurut sumber Berita, Jamal memaklumkan bahawa bayi perempuan yang juga anak keempatnya bersama Zai Izzati itu dilahirkan dengan berat 2.94 kilogram menerusi pembedahan mengikut nasihat doktor.

“Alhamdulillah, isteri selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dan cukup sifatnya pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Isteri dan bayi perempuan kami juga berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja,” katanya

Menurut Jamal, kehadiran bayi keempat yang dinamakan Rahil Laura Salsabila Yamani itu sudah melengkapkan kebahagiaan rumah tangganya bersama Zai Izzati dengan memiliki dua pasang anak lelaki dan perempuan.

“Sambutan Aidilfitri kami pada tahun ini juga lebih meriah dengan kehadiran anggota baharu dalam keluarga kami.

“Dengan kelahiran anak keempat ini, sudah lengkap keluarga kami dengan empat pasang anak lelaki dan perempuan. Doktor juga menasihatkan isteri supaya tidak mengandung lagi kerana semua empat anak kami dilahirkan secara pembedahan sebelum ini,” katanya.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka sudah memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.

Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

Apa-apa pun tahniah diucapkan buat penyanyi lagenda negara, atas kelahiran bayi perempuan ini. Semoga sentiasa sihat dan menjadi anak yang solehah.

Konsert Legasi P. Ramlee: Menghidupkan Kembali Aura Seni Ikonik
Datuk Jamal Abdillah
https://lomp.at/1kspk
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @errafazira (IG)
Lokal

Kejutan Dari Isteri Buat Mr. E, Reaksi Jujurnya Buatkan Peminat Tersentuh

by Nurul A.
January 5, 2026

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan aksi romantisnya sempena hari kelahiran suami tercinta iaitu Ezwan...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore