Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Otak Wanita Boleh Kecut Lepas Makan Pil Perancang, Betul Ke?

by Soph Azz
January 5, 2023
Foto - Medical News Today

Foto - Medical News Today

Share on Facebook

Berdasarkan satu kajian, penyelidik mengatakan tak mustahil pil perancang boleh kurangkan saiz hypothalamus (sebahagian otak).

Ramai yang tahu pil perancang ini kebiasaannya diambil oleh wanita yang mahu merancang kehamilannya. Walaupun kita tahu ada banyak kesannya akibat pengambil pil perancang pada kesihatan, tetapi berdasarkan satu penyataan ada yang katakan pil perancang boleh kurangkan saiz otak. Erti kata lain, kecutkan otak, betul ke?

Untuk tidak merisaukan dan membuat ramai yang cuak, Miss Murai telah membuat sedikit penyelidikan tentangnya. Dan berdasarkan kajian dan bacaan yang ditemui, ada yang katakan tak mustahil untuk otak menjadi kecut dan sebaliknya.

Info lebih lanjut mengenainya, baca perkongsian di bawah;

Foto – Insider

Sebelum itu Miss Murai nak kongsikan beberapa kesan pil perancang pada kesihatan kita. Secara faktanya, mungkin ada yang tahu dan tidak; pil perancang boleh sebabkan beberapa kesan sampingan seperti:

  • Rasa loya terutamanya mereka yang pertama kali ambil pil perancang, tetapi kesan ini adalah untuk jangka masa pendek saja.
  • Payudara rasa sakit dan berdenyut sepanjang pengambilan pil perancang.
  • Hormon dalam pil perancang juga boleh sebabkan rasa sakit kepala dan migrain, bergantung pada jenis dan dos.
Foto – News Medical

Berbalik pada soal pil perancang dan pengecutan otak, kajian daripada Dr. Michael Lipton (Albert Einstein College of Medicine) mendedahkan wanita yang mengambil pil perancang mempunyai hypothalamus yang lebih kecil berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

Pengecutan ini boleh berlaku daripada hormon yang terdapat dalam pil perancang. Tetapi kesan pengecutan ini terhadap individu masih belum dapat diketahui lagi.

Foto – Focus On The Family

Selain daripada itu, pengkaji lain turut menyatakan mereka yang mempunyai hypothalamus yang kecil ini berpotensi untuk mempunyai risiko daripada emosi seperti kemurungan dan marah. Bagi mereka yang sedang ambil pil perancang, jangan takut kerana ia mempunyai kesan berbeza mengikut individu.

Apa pun consult dengan doktor kamu dulu ye!

keburukan pil perancangkesan pil perancang
https://lomp.at/11use
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore