Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Ouw Sweetnya! Yuna Dedah 7 Alasan Dia Mencintai Adam Sinclair

by Phic ARMAN
August 9, 2017
Share on Facebook

Cinta merupaka perkara yang indah di dunia ini.. Tanpa cinta, tidak ada kemesraan antara keluarga, sahabat, kekasih, atau malah dengan sesiapa pun.

Yuna penyanyi anak kebanggaan Malaysia, baru-baru ini telah pun selamat melangsungkan pertunangannya dengan Adam Sinclair, seorang pengarah tempatan.

Baru-baru ini sebuah posting yang ditulis di halaman Tumblr tentang hubungan mereka kini tular di media sosial dan mungkin perkara paling indah untuk dikongsi. Berikut adalah apa yang dia tulis:

Saya jatuh cinta dengan sahabat saya. Tetapi dia tidak mendekati saya. Dia merasa sangsi tentang saya. Bermakna dia berhati-hati tentang siapa yang akan mendapat tempat dihatinya dan ini alasan Yuna jatuh hati pada Adam.

1. Dia tidak pernah berbisik sesuatu yang romantik kepada telinga saya. Tetapi dia akan sentiasa menjawab panggilan telefon saya.

2. Dia tidak pernah kecoh hubungan kami di media sosial. Saya bukan seseorang biasa dimatanya. Saya adalah insan tersembunyi dalam hatinya.

3. Dia tidak meletakkan saya sebagai keutamaan. Dia mempunyai ibu bapanya, anak saudara yang cantik, adik-beradiknya, kesihatannya, hidupnya.

4. Dia tidak cemburu jika saya bercakap dengan rakan-rakan saya atau bekerja dengan lelaki lain, dia membiarkan saya meluaskan empayar. Dia tidak peduli bahawa saya mempunyai 2 juta pengikut. Dia tahu semua 10 sahabat saya yang ada dan nama mereka.

5. Dia tidak dapat mengingat antara lagu-lagu saya, tetapi dia ingat hari jadi anak saudaranya.

6. Dia tidak melupakan kawan-kawannya untuk saya. Rakan-rakannya ada di sana untuknya ketika dia memerlukannya sebelum saya masuk ke dalam hidupnya.

7. Dia tidak akan segera bersetuju dengan pemikiran saya. Beliau memberitahu saya jika saya salah. Dan apabila saya betul, dia mengakuinya.

YouTube video

Selama ini saya fikir cinta adalah semua tentang bagaimana seorang lelaki harus mengaku cintanya dengan memberi bunga, surat  cinta, dan sebagainya tetapi itu semua tidak penting. Segala perkara yang dia lakukan atau tidak lakukan, atas sebab tertentu, dia mahu berkongsi semua dengan saya. Pada akhir setiap perbualan kami, dia memberitahu saya bahawa dia juga menyayangi saya.

Jejak Yuna: Dari MySpace ke Billboard, Ini 5 Detik Yang Membina Legasinya

Saya kawan baiknya. Dan untuk itu, saya adalah gadis paling beruntung di dunia.

Sumber World Of Buzz, Adam Sinclair & Yuna Music Tumbr

adam sinclaircrushpercintaanpertunanganYunayuna musicyuna zarai
https://lomp.at/rrxjx
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @aryanformen (TikTok) / @bront_palarae (IG)
Lokal

[VIDEO] Gemuruh ‘Catwalk’ Sampai Lupa Buang ‘Chewing Gum’, Bront Palarae Mohon Maaf

by Nurul A.
January 30, 2026

Pelakon kacak, Bront Palarae tampil memohon maaf selepas dilihat mengunyah chewing gum ketika berjalan di pentas peragaan Warna Lebaran Ariani...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @sharnaazahmad (IG)
Lokal

[VIDEO] Cipta Trend “Takut Bini”, Sharnaaz Ahmad Beri Teguran- “Hormati Tapi Tak Perlu Takut”

by Nurul A.
January 6, 2026

Disebabkan oleh trend "takut bini" yang dihasilkan oleh segelintir pencipta kandungan di media sosial, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi teguran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore