Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

OYEN Sediakan Perlindungan Insurans Bernilai RM100 juta

by Phic ARMAN
March 31, 2023
Share on Facebook

Pengendali platform insurans haiwan peliharaan digital Malaysia, Oyen Sdn Bhd telah menyediakan perlindungan insurans bernilai RM100 juta untuk haiwan peliharaan setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Kevin Hoong berkata syarikat itu telah berkembang pesat dari segi penyediaan perlindungan insurans haiwan peliharaan melalui perkongsiannya dengan MSIG Insurance (Malaysia) Bhd sejak 2021.

“Setiap bulan sejak penubuhan, kami melihat hasil meningkat sebanyak 10 peratus (dan ini) bermakna semakin ramai pemilik haiwan peliharaan mempercayai kami untuk mendapatkan penjagaan terbaik untuk haiwan kesayangan mereka melalui perlindungan insurans yang disediakan,” katanya semasa pelancaran wajah baharu jenama Oyen di sini hari ini.

Hoong berkata pendekatan mudah didekati, keramahan dan penjagaan akan terus menjadi prinsip teras syarikat kerana ia memperkenalkan produk insurans holistik melangkaui insurans haiwan peliharaan kepada khalayak yang lebih besar.

Beliau berkata syarikat itu dikenali dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan untuk perlindungan bil perubatan veterinar (haiwan) sehingga RM8,000 setahun serta proses tuntutan bayaran yang mudah dan bebas kerumitan.

“Kami mengasaskan Oyen semasa musim pandemik apabila kami mendapati pemilik haiwan peliharaan menghadapi cabaran untuk membayar bil perubatan haiwan mereka.

“Pelanggan tidak perlu mengunjungi klinik doktor haiwan panel kerana perlindungan insurans Oyen boleh digunakan di setiap klinik doktor haiwan di Malaysia, sekali gus memudahkan pelanggan menuntut semula bil mereka secara mudah melalui platform dalam talian Oyen,” katanya.

Sebelum ini, Hoong berkata Oyen telah menjana lebih RM1.7 juta melalui pembiayaan dana bersama pelabur terkenal seperti Hustle Fund.

Beliau berkata syarikat itu mengunjur untuk mendapatkan 50,000 haiwan peliharaan dilindungi di Malaysia dan 100,000 di Asia Tenggara menjelang 2025.

Untuk maklumat lanjut, layari Oyen® di www.oyen.my

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara