Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Keadaan Terkini Pak Lah, Cetus Rasa Sebak Netizen-“Allahu Akbar Rindu Lama Tak Tengok..”

by Naddy Joe
March 9, 2023
Share on Facebook

Baru-baru ini tular satu video yang dimuatnaik oleh seorang individu yang dikenali sebagai Azman Haj yang memaparkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra disapa sebagai Pak Lah yang berkerusi roda menghadiri satu acara di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kongsi Keadaan Terkini Pak Lah

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Azman Haj, dapat dilihat Pak Lah hanya berdiam diri di atas kerusi rodanya, manakala isterinya, Tun Jeanne sedang bersalaman bersama VIP yang hadir di acara berkenaan.

“Kepada yang rindu Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri ke-5. Ini gambar terbaru Tun. Semoga Tun diberi kesihatan yang baik.”-kapsyen Azman Haj di TikTok

@azmanhaj

Kepada yg rindu Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri ke 5. Ini gambar terbaru Tun. Semoga Tun diberi kesihatan yg baik. #kepalabatas #tunabdullahahmadbadawi #perdanamenterimalaysia

♬ Heartbeat (From “Kal Ho Naa Ho”) (Instrumental) – Shankar Ehsaan Loy

“Allahu Akbar. Rindu Lama Tak Tengok Tun…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menitipkan doa agar Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi diberikan kesihatan yang baik, malah ramai yang sebak melihat keadaan terkini Pak Lah.

“Tiba-tiba mata masuk habuk..Sebak. Bekas PM yang paling bersih. Sayang Pak Lah. Moga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik. Aamin.”

“Seorang manusia pernah menjadi PM dan pencen terus dari dunia politik.Saya respect Tun. Tak Ambik tau dah pasal hal dunia politik.”

“Allahu Akbar. Rindu lama tak tengok Tun. Moga beliau sihat adanya dan selalu dalam lindungan Allah SWT.”

“Pak Lah seorang yang tenang. Masa menjadi PM dulu. Takde kontroversi dalam politik. Moga beliau diberi kesihatan yang baik.”

Dipetik dari laporan Berita Harian, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa Pak Lah menghidap demensia, yang menyebabkan tidak mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga yang lain.

Jelas Khairy, Pak Lah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif sejak pada 2009 selepas beliau bersara dari jawatan Perdana Menteri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
pak lahtun abdullah ahmad badawi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara