Pernah rasa kurang yakin apabila perlu bercakap dalam bahasa Inggeris, apatah lagi ketika berhadapan dengan selebriti antarabangsa? Ikon penyiaran negara, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, juga pernah melalui pengalaman berdepan cabaran keyakinan sebelum mendapat peluang keemasan menjejakkan kaki ke Hollywood.
Antara pengalaman yang mencuri perhatian ialah ketika beliau diberi peluang menjadi hos jemputan E! News di Los Angeles dan menemubual bintang realiti terkenal, Kim Kardashian. Pengalaman tersebut menjadi antara detik istimewa dalam perjalanan kerjaya penyiaran Pak Nil yang sudah menjangkau lebih empat dekad.
Kini, Pak Nil bakal berkongsi ilmu dan pengalamannya menerusi SHOW ADA KELAS — The Signature Communication Experience, sebuah program komunikasi profesional yang diperkenalkan buat julung kali oleh Icon Entertainment.
SHOW ADA KELAS Tawar 5 Modul Komunikasi
Dijadual berlangsung pada 28 November 2026, dari jam 3 petang hingga 5 petang di Plenary Theatre, KLCC, program ini mengetengahkan komunikasi sebagai kemahiran yang boleh dipelajari dan dipertingkatkan, bukannya bergantung semata-mata pada bakat semula jadi.
Peserta akan didedahkan kepada lima modul utama, iaitu Komunikasi Bermula Dengan Keyakinan, Seni Berkomunikasi Yang Meyakinkan, Executive Presence, Storytelling Yang Berkesan dan Menjadi Individu Yang Dipilih.
Antara kemahiran yang bakal diberi perhatian termasuk teknik mengatasi kegugupan, penggunaan bahasa badan, kawalan suara, penyusunan mesej, pembentangan serta pembinaan penjenamaan diri dan kredibiliti profesional.
Menariknya, program ini menggunakan pendekatan edutainment yang menggabungkan pendidikan dan hiburan menerusi demonstrasi, latihan praktikal serta sesi interaktif.
Menurut Pak Nil, program ini bukan tentang menjadi popular, sebaliknya bagaimana seseorang boleh menjadi individu yang dipercayai dan menjadi pilihan.
“Dalam SHOW ADA KELAS — The Signature Communication Experience juga saya tidak mengajar cara bercakap tapi mengajar cara didengar,” jelasnya.
Berapa Harga Tiket SHOW ADA KELAS?
Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, berkata gabungan ilmu, humor dan interaksi menjadikan program ini satu pendekatan menarik untuk mempelajari kemahiran komunikasi secara praktikal.
Program ini menyasarkan pelbagai golongan termasuk penjawat awam, eksekutif korporat, usahawan, pelajar universiti, guru, pensyarah, pemimpin belia dan pencipta kandungan.
Harga tiket ditawarkan pada RM288 dan RM388, dengan pilihan tambahan RM50 untuk e-sijil, RM100 untuk sijil fizikal dan RM200 bagi sesi Meet & Greet.
Tiket boleh didapati menerusi Ticket2U di www.ticket2u.com.my/showadakelas.
Pengalaman Pak Nil membuktikan bahawa keyakinan dan kemahiran komunikasi boleh terus diasah. Jadi, jika anda mempunyai idea yang bagus tetapi masih gugup untuk menyampaikannya, mungkin sudah tiba masanya untuk belajar bukan sekadar bercakap, tetapi membuat orang lain mahu mendengar.














