Wednesday, September 17, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Pakai Bra Yang Salah? Ini Yang Akan Berlaku Pada Badan Kamu…

by Soph Azz
March 8, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

40
KONGSIAN
Share on Facebook

Adakah kamu salah seorang wanita daripada 81% wanita yang memakai bra yang tidak sesuai dengan ukuran semasa payudaranya?

Walaupun hampir setiap hari didedahkan dengan keburukan memakai bra salah dan kepentingan mengenakan bra yang betul; masih ada lagi wanita yang memilih untuk kekal memakai bra yang sama walaupun tidak sesuai dengan payudaranya.

Apabila memakai bra yang salah iaitu tidak sesuai dengan payudara, kamu berisiko untuk hadapi beberapa kesan buruk. Tak kiralah pada keadaan fizikal badan atau kesihatan, keburukan ini akan kekal untuk jangka masa panjang. Dan salah satu keburukan memakai bra yang salah adalah…

Foto – Pinterest

Salah satu kesan buruk yang sering berlaku adalah kerap sakit kepala. Apabila pakai bra yang salah, otot di bahagian dada terpaksa bekerja keras untuk membentuk payudara yang baik. Dan bila pakai dalam tempoh masa yang lama, bra yang salah tadi boleh sebabkan kesakitan kepala yang berpanjangan pada si pemakai.

Foto – Pinterest

Selain itu pemakaian bra yang salah juga boleh menjadi salah satu punca kenapa refluks asid kamu terjadi. Lebih-lebih lagi bila bra yang salah tadi adalah bra yang ketat, ia boleh beri tekanan di bahagian perut. Sehinggakan asid perut ditolak ke esofagus sehingga terjadinya pedih ulu hati, sakit dada dan juga gastrik.

Foto – Pinterest

Mengenakan bra yang salah juga, boleh menyebabkan masalah pada kulit badan. Apabila pakai bra salah atau ketat, ia akan bergesel pada kulit badan sehingga jadinya peluh, jerawat, kerengsaan dan keradangan yang teruk.

Foto – Pinterest

Siapa sangka pemakaian bra yang salah boleh akibatkan tekanan pada bahagian atas hingga terjadinya gangguan pernafasan akibat tekanan yang dihadapi oleh paru-paru dan tulang dada. Bagi ibu yang menyusukan anak pula, bra yang salah boleh ganggu proses penyusuan kerana saluran penghasilan dan pengaliran susu terjejas.

Foto – Pinterest

Akhir sekali kesan pemakaian bra yang salah, kamu juga boleh menghadapi kerosakan saraf seperti sindrom saluran toraks. Situasi ini boleh berlaku apabila saraf dan saluran darah rosak menyebabkan kamu akan rasa sakit leher, kebas dan kesemutan di bahagian lengan.

Jika kamu ada pakai bra yang salah, cepat-cepat buang dan tukar kepada bra yang betul serta sesuai dengan payudara kamu ye. Selamat beramal!

kesan pakai bra salahsalah pakai bratanda bra tak sesuai
https://lomp.at/vdfkc
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

  2. 2

    Layak Terima Bantuan eWallet Sehingga RM200 Tapi Belum Mohon? Begini Caranya…

  3. 3

    [VIDEO] Aliff Syukri Rakam Qadejah Main Gelongsor Dalam Rumah Buatkan Netizen Terhibur!

  4. 4

    [VIDEO] Irfan Haris Ditegur Netizen-“Jangan Beria Sangat Dik Nanti Kecewa”

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Afwa Nyanyi Lagu Matcha Atau Kopi Buatkan Netizen Teruja!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem