Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Pakai Songket Masa Majlis Kahwin Nanti? Apa Kata Tiru Idea Rekaan Moden Selebriti Ini…

by Soph Azz
December 16, 2022
Foto – Gempak

Foto – Gempak

Share on Facebook

Apabila tiba cuti persekolahan dan masuk sahaja hujung tahun, bermulalah musim kenduri kendara diadakan. Ketika ini memang ramai pasangan mendirikan rumah tangga dan adakan majlis perkahwinan.

Selain sibuk menyediakan persiapan, adakah kamu si bakal pengantin sudah jumpa baju idaman? Berbanding gaun, baju kurung tradisional atau moden, Miss Murai syorkan kamu cuba pakaian songket.

Walaupun dunia semakin moden, tetapi songket tradisional masih lagi menjadi pilihan bakal pengantin. Bukan saja naikkan seri pengantin, tetapi dapat menampilkan sisi kemelayuan yang klasik.

Kalau kamu memerlukan idea rekaan baju songket untuk dipakai semasa majlis resepsi nanti, cuba lihat beberapa pakaian selebriti yang berikut;

Elfira Loy & Faris Anuar 

Berkonsepkan tradisional dan moden, pasangan ini mengenakan songket pengantin dalam rona ungu. Untuk penampilan keseluruhan, Elfira mengenakan aksesori sanggul lintang dan bunga tangan.

Foto – Gempak

Manakala Faris pula mengenakan rantai (besi saduran emas) dan hiasan pin di bahagian tanjak.

Fasha Sandha & Aidil Aziz

Paduan songket kelabu dan tekapan emas membuatkan seri pengantin Fasha dan suaminya, AIdil naik!

Foto – @rizmanruzaini (IG)

Untuk busana pengantin seperti Fasha, kamu boleh letakkan pelapik dada yang diadaptasikan dari busana tradisional Negeri Sembilan. Kemudian guna aksesori gandik dan cucuk sanggul kepala okay?

Zizi Kirana & Yusuf Bahrin 

Foto – @zizi_kirana (IG)

Bagi peminat warna hitam pula, Miss Murai syorkan kamu gaya seperti pasangan ini. Sebagai pilihan untuk pengantin perempuan, kamu boleh kenakan baju kurung pesak gantung dan kain songket sebagai penutup kepala.

Uqasha Senrose & Kamal Adli 

Untuk pakaian pengantin songket seperti Uqasha dan Kamal pula, kamu boleh tiru semula gaya yang diinspirasikan oleh Che Siti Wan Kembang.

Foto – @rizmanruzaini (IG)
  • Pengantin perempuan boleh buatkan gaun dengan potongan duyung di bahagian bawah. Selendang di bahagian atas badan didrapekan dan cantum bersama gaun.
  • Pengantin lelaki pula, kenakan baju melayu yang dipadukan bersama tanjak dan pakaian luar seperti blazer.

Puteri Aishah & Muhammad Firdaus 

Foto – @rizmanruzaini (IG)

Paling love sekali adalah busana songket milik Puteri Aishah dan suaminya! Sekadar info, Puteri Aishah mengenakan kebaya berpotongan moden. Ditambah dengan cucuk sanggul yang naikkan seri manisnya sebagai pengantin.

Memang love betul setiap busana songket pengantin di atas! Kamu berkenan yang mana?

baju songket penngantinfesyen songket pengantinsongket artissongket pengantin
https://lomp.at/j93s7
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore