Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Paling Buruk! Jangan Sesekali Reject Orang Yang Kamu Tak Suka Dengan Cara Ini

by Lisa Ghani
February 28, 2023
Foto - iStock

Foto - iStock

Share on Facebook

Betul soal hati dan perasaan tidak boleh dibawa main. Untuk menolak perasaan seseorang bukannya mudah, baik bagi si peluah perasaan mahupun si penerima luahan perasaan.

Kadangkala kita tertanya-tanya, apakah cara yang baik bagi menolak perasaan seseorang tanpa rasa bersalah, mahupun menyakiti hati individu. Dan tahukah kamu, cara yang disangka baik sebenarnya adalah kaedah paling buruk sekali.

Jangan sesekali reject individu yang kamu tidak suka, dengan empat cara ini.

Secara Terbuka

Foto – iStock

Bayang jika kamu ditolak mentah-mentah secara terbuka di tempat awam! Betapa malunya diri apabila dipandang oleh orang sekeliling. Sebaik-baik, untuk menolak perasaan seseorang itu bertemulah secara empat mata di tempat yang jauh dari pandangan mata ramai untuk mengelakkan dari memalukan si peluah perasaan.

Mesej Dalam Talian

Cara ini acap kali dilakukan bagi mereka yang tidak berani untuk bersemuka dengan si peluah perasaan. Dengan kecanggihan teknologi yang ada, menolak luah perasaan seseorang menerusi media sosial atau peti pesanan ringkas di telefon bimbit telah menjadi satu perkara biasa.

Tetapi adakah kamu yakin dengan kaedah komunikasi sebegitu? Apalah salahnya jika kamu memberanikan diri untuk menolak jawapan si peluah secara berdepan.

Panggilan Telefon

Foto – iStock

Ini satu lagi cara yang kurang menyenangkan menolak luahan perasaan menerusi panggilan telefon! Wah-wah reject menerusi panggilan sememangnya mudah tetapi bagus ke perbuatan sebegitu?

Larikan Diri

Paling derhaka! Hanya kerana individu tersebut meluahkan perasaan terhadap kamu, kamu melarikan diri dan tidak memberi sebarang jawapan langsung. Perbuatan sebegini akan melukakan hati si peluah perasaan, jika kamu memang tiada perasaan terhadapnya beritahu secara terus terang.

Sebaiknya, selesaikan urusan dengan berhemah, profesional dan matang. Soal hati dan perasaan tidak boleh dibuat main dan berikan jawapan penolakan secara telus dan sopan agar tidak menyakiti hati individu tersebut.

Selamat beramal!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cara reject orang
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara