• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Panik Terkena Jangkitan Covid-19?

by Jash Lee
April 3, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Seluruh dunia gempar dengan isu trending yang melanda berkaitan Covid-19. Bilangan pesakit yang dijangkiti semakin hari semakin meningkat.

Novel coronavirus atau Virus Covid-19 adalah wabak yang melibatkan saluran pernafasan yang pertama kalinya dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.

Via Detikcom

Pada asalnya, wabak ini berpunca dari makanan dan haiwan eksotik yang dijual dipasar Wuhan.

Lama kelamaan, jangkitan ini telah berlaku sesama manusia dan bilangan peratusan pesakit yang dijangkiti semakin meningkat.

Via 9news

Virus ini adalah virus yang hidup di dalam badan haiwan seperti unta, lembu, kucing dan kelawar.

Virus ini juga sangat jarang menjangkiti manusia. Namun, apabila terdapat jangkitan sesama manusia, ini bermakna virus ini tersebar melalui cecair saluran pernafasan apabila terbersin atau batuk daripada pesakit yang dijangkiti.

Kajian mendapati, simptom Covid-19 adalah seperi demam, batuk, selesema dan sesak nafas yang akan mengambil masa 2 hingga 14 hari.

Virus Covid-19 dapat hidup di permukaan selama 4 hingga 5 hari tetapi ada yang akan bertahan selama 9 hari di luar tubuh pada suhu bilik manakala suhu rendah dan kelembapan udara akan meningkatkan jangka hayat virus ini.

Bagaimana Virus Covid-19 Boleh Berjangkit?

Virus Covid-19 boleh berlaku melalui titisan cecair yang menjadi mod penyebaran. Apabila seseorang itu batuk atau bersin tanpa menutup mulut, maka rembesan akan melekat pada permukaan contohnya melekat pada permukaan meja dan apabila manusia menyentuh permukaan tersebut dan terus memegang rongga tubuh seperti hidung, mata atau mulut, di situlah akan mengakibatkan berlakunya jangkitan.

Virus ini sama sekali tidak akan berjangkit melalui sentuhan contohnya apabila kita bersentuhan dengan individu yang sudah dijangkiti Covid-19, tetapi kita tidak memegang muka (hidung, mulut atau mata)  dan terus mencuci tangan maka kita tidak akan terkena jangkitan.

Namun ia boleh terjadi apabila kita terus memegang muka dan tidak mencuci tangan kerana kuman akan masuk melalui rongga hidung, mulut atau mata.

Sc.com

Ramai orang sekarang yang terlalu panik atau tak berani nak pegang itu dan ini sedangkan selagi mana kuman tak masuk melalui rongga yang disebutkan. Ia tidak akan berjangkit.

Ingin ditekankan disini, jika pesakit Covid-19  terbersin atau terbatuk di depan muka kita, memang potensi untuk kita dijangkiti amat tinggi.

Langkah-Langkah Untuk Mengelakkan Dari Terkena Jangkitan

1) Jarakkan diri 1 meter dari individu yang lain

2) Sentiasa membersihkan tangan samada menggunakan sabun atau ‘hand sanitizer’.

3) Elakkan menyentuh mata, hidung atau mulut dengan menggunakan tangan yang tidak bersih.

4) Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang batuk atau selesema.

5) Elakkan ke tempat awak ketika sedang sakit.

6) Tutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk.

7) Elakkan makan makanan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

8) Sentiasa desinfeksi peralatan dan telefon bimbit.

Jadi jangan panik apabila bersentuhan, pastikan kita sentiasa kerap mencuci tangan, jaga kesihatan dan mengikut arahan kerajaan untuk duduk di rumah bagi menangani atau memutuskan rangkaian virus covid-19 yang melanda kita. #kitajagakita #dudukrumah

Sumber: KKM

#kitajagakita #covid19 #stayathome #hapuskancovid19 #dudukrumah
https://lomp.at/hnnae
Share9Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore