Sunday, August 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Para Wanita Wajib Tahu 5 Bau Vagina, Ada Bau Ikan Masin, Bawang Hingga Ke Roti?

by Soph Azz
March 29, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

361
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernah suatu ketika dulu, ada isu wanita diceraikan gara-gara vaginanya berbau seperti ikan masin. Adakah kamu ingat tentangnya?

Dalam kalangan kita, masih ada wanita yang memandang remeh dan tak endah mengenai kebersihan vagina mereka. Sampaikan ada yang berbau seperti ikan masin, bawang lah, keju, roti kulat dan sebagainya. Bila vagina berubah bau dan keadaannya, itu petanda bahawa vagina kamu sudah dijangkiti dengan kuman!

Walaupun ianya agak menggelikan dan boleh buatkan kamu sendiri mual dengan baunya sendiri, ketahuilah kamu tak boleh buang lagi masa dan wajib ambil tindakan terhadap vagina kamu.

Jom cari tahu apa jenis-jenis bau vagina yang ada, supaya kamu lebih berjaga-jaga dan dapat merawatnya dengan cepat.

  • Bau bawang 

Foto – Pinterest

Siapa yang suka makan bawang dengan banyak, jangan terkejut pula kalau vagina kamu keluarkan bau bawang ye. Tak kiralah bawang merah atau putih, kalau makan dengan banyak bukan sahaja vagina kamu berbau, malah badan pun bau sekali.

  • Bau ikan masin 

Paling kerap kita dengar, bila vagina berbau seperti ikan maknanya kamu sudah terdedah dengan bakteria vaginosis. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan bakteria baik dan jahat dalam vagina.

Bila vagina berbau seperti ini, kamu akan alami rasa pedih ketika kencing, gatal sekitar vagina dan keluar keputihan.

  • Bau seperti roti atau yis

Tiba-tiba kalau terbau vagina seperti roti atau yis, itu tandanya kamu sedang alami jangkitan kulat. Bila jadinya keadaan sebegini, cuba perhatikan bahagian labia minora kerana jangkitan yis akan buatkan vagina kamu mempunyai kepingan seakan keju, berbau dan gatal.

Foto – Pinterest

Punca terjadinya bau ini adalah disebabkan oleh vagina yang lembap hasil pemakaian seluar dalam yang basah atau lembap serta peluh.

  • Bau macam keju 

Bau ini jarang-jarang berlaku tetapi kalau ada bau seperti keju, maknanya vagina kamu dijangkiti dengan kuman. Dan ada pakar katakan ianya jangkitan bakteria daripada kondom.

  • Bau manis seperti gula-gula

Ada yang berpendapat bahawa vagina yang berbau manis seperti gula-gula ini berlaku disebabkan oleh diet seharian. Psst… Ada yang kata kalau nak vagina berbau manis, makan buah nanas, buah-buahan citrus seperti lemon, oren dan limau gedang. Bila vagina berbau manis, kamu tak perlu risau okay?

Foto – Pinterest

Tips elak vagina berbau:

  1. Basuh vagina dengan air dan jangan terlalu kerap gunakan pembersih wanita.
  2. Selepas mandi, buang air kecil atau besar, lap bahagian vagina menggunakan tuala lembut atau tisu kering. Lap sehingga kering sebelum pakai seluar dalam.
  3. Pilih pakaian dan pakaian dalam yang fabriknya ringan serta mudah untuk pengaliran udara. Kapas adalah terbaik!
  4. Jangan pakai pakaian dalam atau seluar yang ketat di bahagian intim.
  5. Minum air dengan cukup untuk badan lebih hidrasi.

Sekiranya bau vagina kamu tak hilang dan makin menjadi-jadi baunya, cepat-cepat berjumpa dengan doktor okay?

bau farajbau vaginajenis-jenis bau farajmiss v berbau
https://lomp.at/35dm2
Share144Tweet90SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

  5. 5

    [VIDEO] Amira Othman Beri Kek Kepada Fattah Amin, Lain Pula Yang Netizen Dengar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem