Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

‘Payudara Sampai Bengkak, Orang Tak Tahu’- Fouziah Gous Bidas Netizen

by Zaidin Albert
March 25, 2018
Share on Facebook

Susu ibu sememangnya tidak dinafikan adalah pemakanan awal terbaik yang paling sesuai untuk si bayi.

View this post on Instagram

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

Bagi ibu yang bekerjaya, sudah tentu penting untuk merancang simpanan stok susu ibu supaya sentiasa cukup untuk memenuhi keperluan dan menjayakan jadual penyusuan bayi walaupun bekerja.

murai.my difahamkan, Fouziah menghasilkan sendiri stok susu ibu melalui teknik pengepaman. Namun ada saja netizen yang menyelar tindakan Fouziah ini.

Teguran Netizen

Fouziah Gous nampaknya telah mendapat teguran dari netizen dek kerana isu menyimpan stok susu badan kepada anak keduanya. Jika dilihat pada reaksi Fouziah, netizen ini mempersoalkan tindakan Fouziah menyimpan terlalu banyak sehingga tiada masa untuk bayi minum.

Kontroversi itu bermula selepas netizen ini yang dikenali sebagai Fixmaxzaleha menghantar DM(Direct Message) kepadanya di Instagram.

Ekoran teruk menerima teguran berhubung isu berkaitan, Fouziah dilihat tampil bagi menjelaskan hal sebenar yang berlaku sekaligus menyelar semua dakwaan tersebut. Penjelasan ini dimuatnaik menerusi Instagram Storiesnya semalam.

Fouziah menjelaskan bahawa dia berbuat demikian untuk memastikan anaknya mendapat penyusuan yang terbaik. Dia sendiri akui, bukan mudah untuk menghasilkan susu dengan cara pengepaman. Dia memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk membuat simpanan stok susu ibu.

Kongsi Rezeki Dengan Anak Orang Lain

Bukan untuk anaknya sendiri, Fouziah juga mendedahkan kadang kala dia memberi sebahagian stok susu tersebut kepada bayi yang memerlukan.

Anak Kedua Sudah Berusia 5 Bulan

View this post on Instagram

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

Pada 11 November 2017, Fouziah selamat melahirkan bayi lelaki seberat seberat 3.04 kilogram, di sebuah pusat perubatan di ibu kota. Fouziah turut memperkenalkan nama putranya itu iaitu Zaheen Yusof Md Zhafran.

Bekas pengacara program Nona itu mendirikan rumah tangga dengan Zhafran pada 22 September 2013 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan yang bakal mencecah usia dua tahun.

fouziah gousmenyusupayudarasusu badan
https://lomp.at/xaav9
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Fazura Umum Bersara Dari Berlakon Drama-“Tapi Kalau Dari Segi Filem..”

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Fazura membuat pengumuman rasmi apabila dia membuat keputusan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan khususnya penggambaran drama televisyen di...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Jatt Ali Meninggal Dunia-“Ternyata Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Penyanyi, Jatt Ali berkongsi khabar duka mengenai ibunya, Hajaz Zainah yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis. Khabar duka...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore