Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Good Luck”- Peguam Nurul Hafidzah Kongsi Pesanan Buat Para Pemfitnah

Dia turut memberikan ulasan terhadap sebilangan individu yang sering melemparkan fitnah.

by Naddy Joe
June 22, 2022
Share on Facebook

Peguam Nurul Hafidzah Hassan tampil membuat perkongsian di media sosial mengenai hasratnya yang mahu pendidikan undang-undang asas yang bermula dari sekolah.

“Merata-Rata Orang Yang Mempamerkan Kebodohan Maksimum…”

Menurut Hafidzah, dia berpendapat sedemikian selepas masih ramai orang yang menunjukkan kebodohan tanpa memahami proses dan sebab dalam undang-undang.

“Pendidikan undang-undang asas patut bermula dari sekolah. Sebab buktinya masih penuh merata-rata orang yang mempamerkan kebodohan maksimum, yang tak faham hujung pangkal, proses, sebab dan lain-lain. Tak kisahlah professional, terpelajar, dan apapun status sosial ekonomi mereka. Sama sahaja. 2×5.”-Kata Hafidzah

“Asyik Doakan Orang Di Mahkamah Akhirat”

Tambahnya lagi, dia turut memberikan ulasan terhadap sebilangan individu yang sering melemparkan fitnah.

“Asik doakan orang di mahkamah akhirat. Sedangkan mahkamah akhirat adalah untuk semua. Oh lupa, di mata pemfitnah, mereka akan masuk syurga sebab penyokong media sosial lain yang menghakimi mereka.

Kalau penyokong kata, kau betul, wahai pemfitnah. Maka betullah kata pemfitnah itu maka syurgalah tempat pemfitnah itu. Penyokong pun apa kurangnya, tempah tiket ke syurga menyokong fitnah-fitnah yang entah mana datangnya.”-Katanya lagi.

Kongsi Tip Masuk Syurga

Tidak menyebut mana-mana nama, peguam ini dilihat seakan menyindir golongan pemfitnah dengan berkongsi tips untuk masuk ke syurga.

“Sapa-sapa nak masuk syurga. Boleh ikut tips ni. Buat fitnah. Atau percaya fitnah yang dibuat. Sebarkan fitnah itu. Sambut menyambut fitnah. Puji-puji pemfitnah. Jadikan idola. Buat persatuan pemfitnah. Buat sampai matlamat untuk fitnah tercapai.

Kalau tak capai matlamat jangan lupa tuduh mahkamah, tuduh dpp, tuduh peguam, tuduh saksi, tuduh dpp, tuduh peguam, tuduh saksi, tuduh polis. Kira tambah fitnah-fitnah baru lah umph sikit perjuangan fitnah. Good Luck”-Kongsinya lagi.

Menutup bicara, peguam ini juga menitipkan doa agar dirinya dijauhkan daripada aib dan fitnah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Nurul Hafidzah Hassan
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara