Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Pelancong Dakwa Terpedaya Beli Coklat RM77, Netizen Anggap ‘Tourist Trap’ Lama

by Naja Nix
January 3, 2026
via Thread /@Massive_Swimmer914

via Thread /@Massive_Swimmer914

Share on Facebook

Satu perkongsian di laman Reddit baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila seorang pelancong mendakwa dirinya terpedaya selepas membeli coklat dengan harga yang disifatkan terlalu mahal ketika bercuti di Kuala Lumpur.

Perkongsian itu bukan sahaja mencetuskan perbincangna hangat, malah membuka semula isu lama berkaitan tourist trap yang didakwa masih berlaku di beberapa lokasi tumpuan pelancong.

Dibawa Ke Kedai Coklat Pada Hari Pertama Percutian

Menurut pelancong berkenaan, dia dibawa ke sebuah tempat dikenali sebagai Chocolate Kingdom pada hari pertama ketibaanya di Kuala Lumpur.

Pelancong berkenaan dimaklumkan bahawa coklat yang dijual merupakan antara yang terbaik di Malaysia.

Tertarik dengan promosi yang ditawarkan, pelancong tersebut membeli satu bungkusan coklat berharga RM77, malah mengambil tawaran 3 bungkusan dengan harga RM220.

Namun, persoalaan mula timbul beberapa hari kemudian.

Was I duped?
byu/Massive_Swimmer914 inmalaysia

Orang Tempatan Cadang Beryl’s, Jenama Dibeli Tidak Dikenali

Selepas bertanya pendapat orang tempatan mengenai coklat yang sesuai dibawa pulang sebagai cenderamata, hampir semua mencadangkan jenama tempatan terkenal, Beryl’s.

Apabila pelancong tersebut menyebut jenama coklat yang dibelinya sebelum ini, rata-rata individu yang ditemuinya mengakui tidak pernah mendengar nama jenama tersebut.

Lebih mengejutkan, harga coklat Beryl’s yang hampir sama didapati dijual dengan harga bawah RM35, jauh lebih murah berbanding RM77 yang dibayar sebelum ini.

Netizen Akui Pernah Dengar, Tapi Tak Pernah Singgah

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet tempatan mengakui jenama coklat yang disebut pelancong itu bukanlah sesuatu yang biasa didengar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ada yang menyifatkan harga RM77 untuk coklat tempatan sebagai tidak munasabah, malah berpendapat jumlah tersebut sudah setara dengan coklat import dari luar negara.

Sukar Tamat Langganan Internet Cetus Kemarahan Netizen

Walaupun begitu, ada juga yang menegaskan bahawa isu utama bukan terletak pada rasa coklat tersebut, tetapi pada cara ia dipasarkan kepada pelancong.

via Reddit /@Djkagamine
via Reddit /@SneakySquiids
via Reddit /@TheBotMadeThis

Dakwaan Komisen & Harga Dinaikkan

Perbincangan menjadi lebih hangat apabila seorang pengguna Reddit mendakwa wujud amalan kerjasama antara kedai tertentu dengan pemandu pelancong atau agensi pelancongan.

Menurutnya, harga produk akan dinaikkan sehingga 40 peratus atau lebih bagi menampung komisen kepada pihak yang membawa pelancong ke premis berkenaan.

Walaupun dakwaan ini bersifat pengalaman peribadi dan tidak dapat disahkan sepenuhnya, ramai bersetuju bahawa amalan sebegini sememangnya memberi persepsi negatif terhadap industri pelancongan.

via Reddit /@marcheurdenuitnsy

Cadangan Buat Laporan Demi Lindungi Pelancong Lain

Beberapa warganet turut mencadangkan agar pelancong tersebut membuat laporan rasmi sekiranya mempunyai maklumat lengkap, termasuk lokasi kedai atau butiran agensi pelancongan.

Langkah itu dianggap penting, terutamanya menjelang Tahun Melawat Malaysia, di mana imej negara sebagai destinasi pelancongan mesra dan beretika perlu terus dijaga.

Pengajaran Untuk Semua Pihak

Walaupun pelancong tersebut tidak mengadu mengenai kualiti atau rasa coklat yang dibeli, pengalaman ini menjadi peringatan bahawa kepercayaan pelancong adalah aset paling bernilai.

Dalam dunia pelancongan yang semakin kompetitif, kejujuran dan ketelusan bukan sekadar pilihan, tetapi keperluan agar Malaysia terus dikenang bukan kerana kisah terpedaya, tetapi kerana layanan dan pengalaman yang baik.

Beryl'sBybloscoklatditipuRM35RM77suara netizentourist trap
https://lomp.at/z24z9
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

via Thread /@No-Rip-4504
Sosial Buzz

Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

by Naja Nix
February 9, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pengguna mi segera apabila rekaan garfu kayu yang disertakan...

Read moreDetails
Insentif

Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

by Ayu Kamaruddin
March 9, 2026

Berita baik buat mahasiswa anak Johor, Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kini membuka permohonan Insentif Mahasiswa Anak...

Read moreDetails
Insentif

STR Fasa 2 Dah Masuk? Ini Cara Semak Status Bayaran Anda

by Ayu Kamaruddin
March 10, 2026

Berita baik buat penerima bantuan kerajaan, Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi tahun 2026 mula disalurkan secara berperingkat...

Read moreDetails
via Grok
Sosial Buzz

Pengalaman Tidak Menyenangkan Di Butik Kosmetik Undang Reaksi Netizen

by Naja Nix
February 1, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap layanan yang diterimanya ketika...

Read moreDetails
via Pinterest
Sosial Buzz

4 Jam Menunggu, Nombor Pula ‘Hilang’? Kisah Pesakit Tercicir Cetus Perdebatan

by Naja Nix
March 19, 2026

Satu perkongsian tular di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila seorang individu meluahkan rasa kecewa terhadap pengalaman menunggu di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara